Part 2 : 4 Tahun Lebih

Lama beno nak update part 2 kan ? Mood tak mai nak menaip macammana .

Nak tahu tak masa berhenti kerja dari hotel tu , CikZqah buat income dari rumah jea dengan buat makanan . Ada yang pickup kat rumah dan COD pon ada . CikZqah promote ikut blog dan Facebook masa tu .

Alhamdulillah setiap hari ada jea order masuk . CikZqah buat income dari rumah ada juga dekat 2/3bulan . Income bulan-bulan mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga . Sampailah 1 hari CikZqah tengok ada kawan nak jual kedai . CikZqah dan keluarga buat keputusan nak buka kedai .

Bermulalah episod baru dalam kehidupan CikZqah .

Mempunyai kedai dan membuka kedai memang seronok sebab dapat bertemu customer dan sekaligus boleh buat offline marketing . Tapi jika hati tak kuat untuk menguruskan kedai jika menghadapi dugaan dan cabaran sedikit payah kalau ikut pengalaman CikZqah yang bilis ini .

Kedai pula kita perlu untuk memaintainkan sales , kalau tak confirm bajet overhead lari . Jujur CikZqah katakan disini yang CikZqah tabik spring kat orang bisnes yang mampu berkedai sampai sekarang . CikZqah mampu bertahan 3 tahun jea berkedai . Sekarang CikZqah buat online bisnes jea kat Facebook dan InsyaAllah akan sharing juga sedikit demi sedikit kat blog .

💟CikZqah
DapoYamiqaz
Kemaman 

Part 1 : 4 Tahun Lebih

Apa cerita nie CikZqah menghilangkan diri lama sangat ?

Laa ... ada yang nak tahu ke ? Ingat tak ada yang sudi tahu CikZqah menghilang ke mana .

Sebenarnya begini ceritanya , lepas beberapa bulan berhenti kerja kat kedai barang kek . CikZqah boleh pulak kerja kat hotel sebagai receptionist . Best kerja kat hotel sebab gaji agak lumayan . Masa nie masih aktif berblog cuma jarang-jarang . Seminggu ada laa 3 kali update .

Kekangan masa sikit masa kerja kat hotel .

Lepas tu CikZqah berhenti sebab ada tekanan sikit kat kerja . Walaupun gaji lumayan , hati tak tenang nak bekerja macammana kan ? Berhenti bekerja CikZqah duduk kat rumah tolong Umi CikZqah . Alhamdulilah rezeki mencurah-curah masuk .

Masa nie tengah viral durian crepe . Hampir setiap hari ada order masuk , selain durian crepe CikZqah buat juga crepe perisa lain macam oreo , tiramisu dan milo . SalamSoldOut setiap hari dan maybe ini berkat juga doa seorang Umi nak tengok anaknya berjaya dan Allah juga tolong CikZqah .

Sebenarnya masa nak berhenti kerja kat hotel tu memang tawakkal 100 % habis kat Allah . CikZqah tak ada hutang sebab tak sambung belajar kat Uni . Kerja pon sebenarnya nak duit poket dan tolong settlekan hutang keluarga . Setiap bulan memang CikZqah peruntukkan sebahagian gaji untuk bayar hutang keluarga .

Bila tak kerja nak amik duit kat mana kan ?

Stress kat tempat kerja dah dekat sebulan dan tambah lagi stress masa nak buat keputusan . Last-last CikZqah tawakal jea masa nak berhenti kerja . Apa nak jadi - jadilah ! Balance duit pulak dalam bank hanya ada RM900 lebih . Korang rasalah macammana CikZqah survive ?

Duit balance RM900 lebih itulah CikZqah rolling modal buat durian crepe tau . Dengan duit itu juga CikZqah mampu tolong bayar hutang keluarga 2/3 bulan sebelum sewa kedai . Nak tahu kisah CikZqah masa berkedai ? Tunggu Part 2 yea ! Malam nie selesai Part 1 Kisah 4 Tahun Lebih .

Selamat malam uollss !




Resepi Kek Marble



Kek Marble Comel Lote CikZqah 

Resepi nie CikZqah ambil dalam internet . Tak ingat dari siapa tapi dah guna beratus telur untuk buat order customers DapoYamiqaz . Resepi nie CikZqah banyak derhaka untuk kesenangan masa proses pembuatan . Jadi jangan pelik kalau dalam resepi tak ada bahan-bahan tertentu .


5 bahan jea diperlukan untuk membuat kek marble yang gebu dan moist nie . Kalau malas nak buat , korang boleh order jea dengan CikZqah tapi untuk korang yang tinggal area Kemaman jealah .

Resepi Kek Marble


300gram majerin Planta 
240gram gula kastor
5biji telur B
280gram tepung naik sendiri
Sedikit esen vanilla

Cara-cara buat Kek Marble









  1. Ayak tepung naik sendiri dahulu .
  2. Majerin dan gula pukul hingga kembang dan putih .. lebih kurang 5 minit
  3. Basuh dan pecahkan telur 5biji tu dan masukkan satu persatu telur sambil mixer berpusing
  4. Pukul hingga adunan kek dan telur sebati
  5. Selepas tu masukkan tepung dan sebatikan adunan kek tadi
  6. Akhir sekali letak sedikit esen vanila supaya kek korang bau harum bila bakar nanti
  7. Bila jiran sebelah rumah terhidu bau kek yang harum tu , mana tau dorang nak tempah
  8. Boleh bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian .. kalau korang rajin buat lah 7 bahagian
  9. Boleh lah buat warna pelangi
  10. Selepas tu selang selikan adunan yang korang buat tadi sampai habis
  11. Bakar pada suhu 180°c selama 1jam . Nie oven CikZqah , kalau oven korang kena pandai-pandai sendiri tau
  12. Dah siap boleh lah ambil gambar pastu hantar kat rumah jiran sedikit


Sila SHARE jika anda suka 




Comeback ?

Setelah 4 tahun ON OFF berblogging , akhirnya CikZqah rasa macam nak buat comeback . Daripada ada domain dan hosting , sambung setahun demi setahun tapi tak berupdate . Membazir jea bayar akhirnya tutup juga www.zzqah.com .

Sadisnya kan korang nak tahu tak yang CikZqah tak buat backup . Nak menangis rasa bila mengenangkannya ! Habis memori dan resepi tersedap diabad ini hilang ditelan hosting yang tak berbayar .

Takapalah CikZqah dah redha . InsyaAllah bila dah redha , Allah gantikan dengan perkara yang lain pulak . Hilang sesuatu , ada pulak yang lain datang .

Betul tak ?


Salam Comeback
💗 CikZqah yang dulu dikenali sebagai MimpiCikBunga

Mini Kongres Usahawan Muda Terengganu

Esok InsyaAllah Zqah akan ke Terengganu untuk menghadiri Kongres Usahawan Muda .

Mendengar taklimat panel-panel yang dah berjaya supaya semangat lebih membara lagi bagi
memperkembangkan lagi bisnes Yamiqaz Barokah . 

InsyaAllah ... Aamiin .

Semoga dipermudahkan perjalanan kami bagi menuntut ilmu !

#FounderofYamiqaz
#YamiqazBarokah
#DapoYamiqaz
#Kemaman



Transformarsi Blog

Tagline dari Hidup Bagaikan Sebuah Mimpi bertukar menjadi Mimpi Yang Tersimpan kerana blog nie akan dibuat kenangan bersama blogspot .

Jumlah entri ada 400 lebih dikemaskini menjadi 100 lebih jea . Iklan Nuffnang dah bertukar ganti kepada iklan Advertlets . Header dah ada Twitter .. Yeay ! =)

Dah ada website baru www.zzqah.com jadi blogspot nie http://mimpisibunga.blogspot.com/ akan diupdate sekali sekala jea . Jadi followlah website baru saya untuk dapatkan lebih update setiap mimpi .

Sekian Terima Kasih ! (n_____n)