Showing posts with label Drama Chinta. Show all posts
Showing posts with label Drama Chinta. Show all posts

Episod Akhir Drama Chinta


Dah habis drama Chinta . Tak tengok mana drama nie tapi demi peminat-peminat drama Chinta ke tengok jugak hari nie untuk mengupdate episod terakhir . Harap semua berpuas hati laa yea ! =)

Sadatul Saadiah telah disahkan mengandung anak kembar . Mak ayah Rasul Iman suruh batalkan perkahwinan dengan Chinta . Rasul tak nak batalkan sebab perkahwinan tinggal seminggu dan tidak adil kepada Chinta . Mak Sadatul pergi rumah Chinta nak paksa Chinta suruh batalkan perkahwinan tapi Chinta kata memang dia nak batalkan pun . Pastu Chinta pengsan . Semua orang dah tau Chinta sakit tapi Sadatul tetap suruh suaminya kahwin dengan Chinta . Masa Rasul nak sarungkan cincin kat Chinta , Chinta nak pengsan . Lepas sarungkan cincin , Chinta pon meninggal dunia . Akhir sekali anak Chinta hasil dengan Kamal iaitu Chinta juga ziarah kubur mak dia . The End .


Episod 1 Drama Chinta Slot Akasia

Mula-mula tengok dah nampak kepandaian abang Chinta Kamal yang pandai menipu . Chinta pula yang selalu kena dengan ayahnya . Mustika atau Tika nak pulak ke Fakri yang mencintai Chinta bila mak ayah dia tak bagi dia kahwin dengan Kamal , abang Chinta . Kamal pula bila tak ada duit nak kahwin dengan Tika pergi merompak rumah Haji ... ( x ingat namalah) . Selepas tuu tak boleh keluar sebab rumah tersebut ada pendinding rumah . Boleh tahan laa episod 1 nie . Esok kita tengok pulak cane ..

Sebut pasal pendinding rumah , ada sapa-sapa tau tak ayat pendinding rumah ? Dah google tadi tapi tak berapa faham dan tak pasti . Dulu masa kecil-kecil , Tokki Abu ( Datuk angkat ) ada ayat tersebut tapi dah hilang . Kalau ada sapa-sapa tau sharelah yea . (n____n)

Link Download Episod 1 Drama Chinta
- akan diupdate kemudian