Showing posts with label roh kembali. Show all posts
Showing posts with label roh kembali. Show all posts

Roh Kembali di Slot Seram TV3

Slot Seram Penunggu Gunung Raya dah habis . Tapi aku rasa ending drama tuu tak best sebab tergantung . Malam nie ada drama terbaru iaitu Roh Kembali terbitan JS Pictures dan pengarahnya adalah Jinggo yang berkaliber .


Sinopsis Roh Kembali

Roh Kembali mengisahkan sebuah rahsia yang tidak terungkap. Zaidi hidup mewah dengan menjalankan perniagaan sendiri.

Isterinya, Zahirah tidak bekerja kerana Zaidi mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga. Anaknya, Ehsan bijak dan rajin belajar. Mereka mesra, berbudi bahasa dan disukai jiran tetangga.

Namun, Zaidi tidak pernah tenang. Dia dihantui oleh ‘roh’ orang yang telah mati. Tiada siapa tahu termasuk isterinya bahawa dia terjebak dalam satu sindiket jenayah terancang yang dinaungi Taukeh Boon.

‘Roh’ berkenaan adalah roh perempuan Cina, Lillian Chan yang dibunuh atas arahan Taukeh Boon. Lakonan mantap oleh Fizz Fairuz, Rozie rashid, Zamarul Hisyam, Sheila Rusly, Lisdawati dan Razak Ahmad . Roh Kembali akan bersiaran pada 20 Mei 2010 setiap Khamis 9.30 malam.