Punca-punca Status Glitterati Hilang

Salam untuk semua !

Hari ini aku nak bercerita pasal status glitterati . Status Miss Glitterati aku hilang pada 28/6/2010 . Aku boleh status Miss Glitterati balik pada 10/7/2010 . Selama 13 hari aku berstatus Miss Ordinary T____T . Lamakan ? Orang lain 4 hari jea , aku sampai 13 hari ! Silap aku jugak tak check betul-betul .


Sebenarnya begini , pagi 28/6 tuu aku macam biasalah skodeng Nuffnang . Tengah-tengah skodeng tuu , tengok status membership dah jadi ordinary . Air mata dah mula bergenang masa check kesalahan diri blog . Air mata dah meleleh bila dapat tahu kesalahan kat sini . Kesalahan aku ialah kat nombor 13 . Aku pun cerailah dia . Aku tunggu lagi 4 hari .

Aku dah meraung bila dah dekat seminggu tak dapat lagi Miss Glitterati . Terus aku tulis surat cinta kat Robb Chew . Esokkan baru Robb balas . Dia kecewa sebab aku dah madukan dia dengan Sir YS . Aku tak lah madu betul-betul , aku hanya main-main jea . Dia akan maafkan aku lepas 4 hari . Tunggu lagi !

Sebenarnya hari itu saja-saja jea buat banner Sir YouthSay dan letak dalam blog , tak tahu pulak Madame Nuffnang yang jelita itu tak suka . Jadi lah status membership aku Miss Ordinary .


Sekarang aku masih lagi gembira sebab dapat status Miss Glitterati , aku nak sharelah tips pada anda untuk mengelakkan status isteri/suami glitterati anda tidak hilang .

Punca-puncanya

Rangkaian Blog  (Punca status glitterati aku hilang)
Jika anda mempunyai blog yang berdaftar dengan nuffnang, pastikan semua blog anda mempunyai visitor setiap hari !  Kalau salah satu blog anda mempunyai 0 visitor atau boleh dikategorikan down (tempoh masa yang lama) , ini bermakna status glitterati anda berkemungkinan akan dilucutkan .

Iklan (Punca status glitterati aku hilang)
Anda tidak boleh menduakan Madame Nuffnang yang jelita ! Blog anda tidak boleh menyertai sebarang program pengiklanan dari mana-mana rangkaian pengiklan dari Asia Timur Selatan kerana mereka adalah pesaing terdekat dengan nuffnang .

AWAS ! YouthSays, Mangga Ad , Innity , Advertlets .. 

Iklan affiliate tak apa . Tak tahu apa itu iklan affliate ? Klik sini dan sini .


Lain-lain
Status glitterati mungkin hilang jika nuffnang tidak dapat mengesan iklan Nuffnang pada mana-mana blog anda (contohnya jika blog korang tidak dibuka kepada pihak awam, telah digantung, atau jika sistem blog korang tergendala )

Kelebihan Status Glitterati

Payment Rate untuk Cost Per Unique dan Cost Per Click
Ahli Glitterati menerima income 20-40% extra jika dibandingkan dengan ordinary membership

Pembayaran
Ahli Glitterati dibayar dalam tempoh 30 hari berbanding ahli biasa selama 60 hari.

Peluang untuk Advertorial
Hanya ahli Glitterati berpeluang untuk dapat advertorial, yang mana incomenya sangat tinggi jika dibandingkan dengan iklan biasa. Ianya bergantung kepada pengiklan, jumlah trafik dan komitmen

Community Events
70% daripadanya diperuntukkan kepada ahli ekslusif dan guest, selebihnya untuk ahli biasa. Contohnya,  events movies, perjumpaan bloggers dan macam-macam .

Contest
Banyak peraduan yang diadakan dan hadiahnya sangat lumayan. Sekali lagi 70% untuk ahli Glitterati dan 30% untuk ahli ordinary

Innit
Hanya ahli Glitterati jea yang ada Innit. Anda boleh promote entri terbaru kat Innit ni untuk dapatkan trafik ke blog kamu.


17 pemimpi:

  1. nasib baik senang jugak dapat balik kan?

    Entri terbaru chekgu

    nak header percuma tak?

    ReplyDelete
  2. @n@m@n

    memang senang tapi penantian itu satu menyeksaan .. hehe

    ReplyDelete
  3. makasih share ye...tips yang berguna.

    ReplyDelete
  4. saya pon terhilang statu glitterati ni baru2 ni..seb baik dlm 2hari bekerja je dh dpt blk huhuhu..tp saya tak bersalah. mayb terklik kt link yg org paste kt shoutbox

    ReplyDelete
  5. @lydzar

    biasanya klau link kat shout x pe tapi kat blog x boleh ..

    ReplyDelete
  6. ermmm dh hilang status tue dh lbh 14hari...xtau la sbb ape..mgkin mase ltk twitter psl youthsay..then adestu blog lg krg akTif...huhuhu

    ReplyDelete
  7. @enasan

    aww madame nuffnang dah marah ! hehe .. trylah anta surat cinta kat robb =p

    ReplyDelete
  8. info info..thanks ya

    ReplyDelete
  9. nak tanya..kalau google ads kira madu jgk ker?atau cik nuff bagikita letak..

    ReplyDelete
  10. @fiziesss

    klau google ads x kira madu sebabnya blh baca kat bwh nie

    google ads dan nuffnang

    ReplyDelete
  11. hye macam mana eh nak dapat kan status Glitterati semula . plis help me !

    ReplyDelete
  12. @fadz

    bila buang code yg dimadukan , automatik 1/2 hari dpt blk status geli2 =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)