Tengok Drama Siti Kelembai kat Tonton Online


Baru start tengok drama Siti Kelembai . Orang lain dah tengok , aku baru nak merangkak-rangkak tengok . Hehehe . Mula-mula tengok episod 1 , dah tergelak . Nampaknya drama nie kelakar dan lagenda . Aku tengok online kat http://www.tonton.com.my . Kena daftar baru boleh tengok tau . Tapikan episod 2 tak jumpa jumpa , jadi tak leh tengok . Kesian nya ! =( Minggu depan episod akhir drama Siti Kelembai tau ..

Sinopsis Drama Siti Kelembai 

Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi (saintis)dan Siti Mayang Sari yang misteri , Siti Ratna pulak sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.

Kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!

Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Pelakon Drama Siti Kelembai
Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish Eizlan Yusof

12 pemimpi:

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)