Malu Tapi Mahu


Tajuk macam tak ngam saja . Tapi itulah perasaan saya semasa berjumpa dengan abang K pada minggu lepas iaitu pada 3/2/2010 pada pukul 6.23 petang . Saya berasa malu kerana semasa saya hendak mengambil gambar abang K ada budak-budak sedang bercakap berhampiran abang K dan seorang lelaki tengah bersenam di depan rumahnya . Rumah lelaki itu pula betul-betul berhadapan dengan abang K . 


Kalau semasa itu tidak ada orang berhampiran dengan abang K bolehlah saya posing-posing sikit tapi masalahnya dah ada orang tak jadilah nak berposing-posing  . Sambil menahan malu dan memegang kamera , saya snap  beberapa gambar abang K dan terus berlalu pergi .


Selepas berjaya snap gambar abang K saya berasa sungguh gembira  . Sebenarnya telah lama saya mencari abang K tapi baru minggu lepas saya berjumpa dengan abang K yang memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan . Lokasi abang K ialah di kawasan perumahan Lot 144 di Kemaman , Terengganu .


Hensem abang K berdiri tegak disitu dengan topinya tapi sayang seluar dia kotor . Kenapa kotor ? Sebab ada orang buang sampah kat kaki dia . Kesian dia seluar dia kotor . Rasa-rasanya abang K nie bolehlah masuk dalam kategori A iaitu kesalahan dalam kontest Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene kan ? .

3 pemimpi:

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)