Showing posts with label Slot Samarinda. Show all posts
Showing posts with label Slot Samarinda. Show all posts

Drama AYOUB di Slot Samarinda

Dah habis pon Drama Habil Qabil . Tak tengok langsung drama tuu sebab tak best . Aku hanya ingat yang aku hanya layan Drama Syurgamu Ramadhan jea , yang lain tak tengok pon . Seriously , drama lain tak menyentuh kalbu T_____T . Drama terbaru 25 episod arahan Hitler M Zaminie nie akan bermula esok pada 23/11 . Jadi selamat menonton yea ! =)



Sinopsis Drama Ayoub

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.

Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.
Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Pelakon-pelakon Drama Ayub

Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Elite, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali dan Mak Jah.

Sumber : mStar 

Drama Habil Qabil di Slot Samarinda TV3


Drama Syurgamu Ramadhan dah habis . Drama nie memang menyentuh kalbu . Rabu nie 22/9 akan bermulalah drama Habil Qabil yang terbaru . Lakonan Aaron Aziz dan Zed Zaidi .

Sinopsis Drama Habil Qabil
Habil Qabil mengisahkan takdir dua insan yang dilahirkan pada tarikh yang sama dan sering bersaing di alam persekolahan sehingga ke dunia korporat. Mereka akhirnya jatuh cinta pada wanita yang sama.

Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam.

Habil dan Qabil bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sama-sama kita tonton drama Habil Qabil setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam di TV3.

Sumber : OM

Pelakon Drama Habil dan Qabil
- Aaron Aziz, Zed Zaidi, Siti Saleha, Abby Abadi, Rashidi Ishak, Zila Bakarin, Azhan Rani, Abby Nazri dan Geofrey Perrin Williams.

Promo Drama Habil Qabil

Syurgamu Ramadhan - Slot Samarinda di TV3

Drama Laila Asyikin dah tamat kelmarin . Aku tak tengok pon episod akhir Laila Asyikin . Tapi mengikut cerita Kak Min , Remy (Fahrin Ahmad) mati dalam pangkuan Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) . Bunyi macam sedih jea kan ? =( . Minggu depan ada drama terbaru yang bertajuk Syurgamu Ramadhan yang akan disiarkan di TV3, bermula Ogos 10, 2010. Setiap Selasa-Khamis, jam 10 malam.


Sinopsis Syurgamu Ramadhan

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya…

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..

Pelakon Syurgamu Ramadhan

Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainordin, Aripah Damanhuri, Shahar Yac'cob, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib dan Azma Aizal Yusoof

Sumber : Fanpage Syurgamu Ramadhan


Laila Asyikin Episod 1 di Slot Samarinda


Sinopsis

Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak berkerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Laila Asyikin tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holding Berhad. Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings Sdn Bhd atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, United Holdings Sdn Bhd telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah telah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia 3 bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin telah mengambil tindakan segera. Dia telah mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin telah menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.

Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?

Sumber : Budiey 

Pelakon 

Nur Fathia Abdul Latiff sebagai watak utama iaitu Laila Asyikin serta dibantu oleh pelakon popular tanahair seperti Fahrin Ahmad, Irfan Roslan, Hamidah Wahab, Fadhil Dani, Hisham Ahmad Tajudin, Zain Ruffedge, Diana Amir, Nurzul Suphian, Adeline Anthony Tsen dan ramai lagi.

Lagu Tema

Sampai Syurga oleh Faizal Tahir



Terlepas tengok episod 1 ? Klik ini DramaMelayu