Sunday, April 18, 2010

Rasa Masam-masam Manis .. Terima Kasih !


Aku telah ditag oleh Cik Bun Bun aka Faherah pada 27 hari bulan 3 . Lamenya terperam ,  rasa masam-masam manis laa pula . Hehehe . Hari tuu juga merupakan hari lahir adik aku yang kedua . Pandai Bun Bun pilih tarikh . Selama nie aku suka sangat tengok orang jawab tag . Sekarang aku pulak ditag . Terima kasih Bun Bun sebab kasi akak tag !

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam 
belakang anda?

Sedih sebab tak sangka kawan sendiri boleh tikam belakang , kalau orang lain aku boleh terima sebab aku tak nak kawan aku masuk jel sebab tikam belakang aku . Hahahaha .

6 org di hati anda ?

1 - Keluarga aku . Semua orang yang ada pertalian merah darah dengan aku .

2 - Kawan-kawan yang aku kenal dari aku kecil sampailah sekarang .

3 – My hero and heroin aka anak-anak bulusku yang hidup dan yang telah mati .

4 – Orang-orang yang aku kenal secara langsung dan tak langsung seperti para bloggers , orang mukabuku , orang jalanan dan orang senyuman . mengarut laa pulak 

5 - Kekasih gelap dan kekasih cerah aku . Boleh ke nie ? (n____n)

6 - Pasangan hidup yang tak nampak bayang lagi .. hehehe


Anda rasa anda comel ?

Comel ke aku nie ? Comel macam anak bulus aku yang baru lahir nie ke ? Hehehe


Single or taken ?

Saya keseorangan . Saya kebujangan .

Blog yang anda suka ?

Aku suka blog orang yang belajar kat perantauan macam Hafizz , Zack dan Ariff . Blog famous
macam kak Kujie , Uncle dan Miss lolly pun aku suka . Blog comel-comel pun aku suka macam
Mai , Bun Bun dan Sara . Selama 2 bulan lebih aku berblog nie dah bermacam-macam blog yang
aku suka dan selalu singgah .

Adakah bilik anda kemas setiap hari ?

Katil jea yang aku kemas tiap-tiap hari . Hehehe . Tengok atas mood laa . Kalau tengok serabut sangat baru kemas . Itu pun nak isi masa dengan kemas bilik . Opps !

Lagu terakhir yang anda dengar ?

TVXQ / DBSK - Mirotic


Lelaki-lelaki jambu . Muahahaha

Last text message ?
My best friend . Cik Anisa anak Baharuddin . Rindu sama dia !

Last phone call ?


Kakak aku yang tinggal kat Johor Bahru . 

Hari terakhir anda menangis ?

Hari aku tak ingat tapi yang aku ingat minggu lepas aku menangis masa tengok movie .
Tengok movie pun aku boleh menangis . Hati I mudah tersentuh .. okew !

List lima faberet colour anda .

Pink !!  Muahahaha . 
Merah, hijau, coklat pun aku suka . Semua warnalah aku suka .

Website yang paling anda suka ?
Deviantart . Aku suka sangat website nie sebab boleh tengok seni orang lain .
Aku siap buka akaun lagi kat situ nak tunjuk keindahan seni aku . Sapa-sapa yang ada akaun
DA , meh laa add aku nie ! Klik icon kat bawah untuk add aku .


Orang terakhir anda ber"ym" ?

Kawan lelaki yang bernama Ibrahim . Suka sangat ber'ym' dengan aku . Dia suka sangat
bertanya khabar . Ada juga orang take care kat aku yea . Hehehe

Game yang anda paling suka ?

Pc game macam Cake Mania , Pizza Frenzy , Burger Shop . Ketagih game nie lepas aku habis
SPM . Duduk rumah boring , jadi aku download game nie dari kawan-kawan . Best tau ! 

Adakah anda peminat MCR ?
 
Tak , aku bukan peminat MCR . Lagu dia pun 1 , 2 jea yang aku suka . Aku lebih suka kumpulan Within Temptations dan Evanescence . 

Apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?
G.e.m.b.i.r.a  

Anda rasa tag ni best ?

Best kot . Sebab soalan-soalan yang kat atas tu , jarang-jarang orang nak soal aku . Kihkih . 

Tag lagi 10 orang 

Masalah besar nie !!!  Aku tak tau nak tag sape sebenarnya . Baru kenal 2/3 kerat jea orang 
bloggers . 2+3=5 . Sapa lagi yang 5 orang ? Hahaha

Pesanan untuk orang yang anda tag ?
 err . Berseronoklah yea dengan soalan tag tuu ! Korang jawablah seikhlas hati . 
Aku tau semuanya mempunyai hati yang baik-baik . Hehehe 


Share:

3 comments:

  1. hahaha. terfemes kejap di sini. muahaha:D

    ReplyDelete
  2. minta maafle
    kak jie pun tak sempat nak jawap tag2 panjang2 gini

    nk reply komen kt blog pun ambil masa..hehe
    tak reply nnt ade yg merajuk

    :p

    ReplyDelete
  3. biarlah bunbun femes sekejap .. haha

    x pe .. terima kasih kak jie sbb reply !! =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)