Saturday, June 19, 2010

, ,

Lagu Tema OST Ilusi di Slot Akasia


Penyanyi : Aiman
Ciptaan sepenuhnya : Hafiz Hamidun
 
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita
Kau air dimataku
Satu antara seribu
Tiada antara di dunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
{Ulang kedua-dua rangkap di atas}

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan
{music breach}
 
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya...2x

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan
Segalanya ketentuan tuhan....

Download Ilusi – Cinta Terakhir


Sinopsis OST Ilusi

TIADA sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan? Ia adalah sebuah lagi drama menarik di slot Akasia berjudul Ilusi terbitan Asia Media Content, arahan Liza Ismail. Skrip dihasilkan oleh Nor Faznita Md Nor akan mula bersiaran pada 21 Jun 2010.

Drama yang mempunyai 24 episod tersebut membariskan Diana Rafar, Ashraf Muslim, Ryzal Jafar, Baharudin Omar, Mahmud Ali Basha, Azhar Sulaiman, Liza Abdullah, Wan Elyas, Ika Nabila, Abby Abadi, Zamarul Hisham, Sharulzaman dan Fikhree Bakar.

Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat. Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing. Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal.

Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka. Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Ryzal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza . Kebaikan Ryzal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman.

Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang. Apakah kuasa telepatinya dan visi-visi Lyza dapat menyelesaikan misteri yang berlaku dalam kehidupannya?

Kredit to Mstar

Share:

5 comments:

  1. Lagu ni best. Suka dengar since keluar kat Muzik-muzik dulu. :)

    ReplyDelete
  2. lagu yg duet tu ader tak?tajuk pe ek?

    ReplyDelete
  3. @azreeny

    duet ? maaflaa sy x tau .. klau sy tau .. sy update yea =)

    ReplyDelete
  4. muzik seram tu tajuk nyer aper erk??

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)