Showing posts with label Slot Akasia. Show all posts
Showing posts with label Slot Akasia. Show all posts

Episod 1 Drama Seribu Kali Chinta di Slot Akasia


Drama Chinta dah habis minggu lepas . Petang nie ada drama terbaru yang bertajuk Seribu Kali Cinta . Baca sinopsis nampak macam best . Kita tengok macammana drama nie petang karang .

Sinopsis Drama Seribu Kali Cinta

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

Pelakon Drama Seribu Kali Cinta
Kamal Adli, Intan Ladyana, Marsha, Abu Bakar Omar, Rozie Othman, Cat Farish, dan Nor Kairiah

Sumber : Azuan 

Episod Akhir Drama Chinta


Dah habis drama Chinta . Tak tengok mana drama nie tapi demi peminat-peminat drama Chinta ke tengok jugak hari nie untuk mengupdate episod terakhir . Harap semua berpuas hati laa yea ! =)

Sadatul Saadiah telah disahkan mengandung anak kembar . Mak ayah Rasul Iman suruh batalkan perkahwinan dengan Chinta . Rasul tak nak batalkan sebab perkahwinan tinggal seminggu dan tidak adil kepada Chinta . Mak Sadatul pergi rumah Chinta nak paksa Chinta suruh batalkan perkahwinan tapi Chinta kata memang dia nak batalkan pun . Pastu Chinta pengsan . Semua orang dah tau Chinta sakit tapi Sadatul tetap suruh suaminya kahwin dengan Chinta . Masa Rasul nak sarungkan cincin kat Chinta , Chinta nak pengsan . Lepas sarungkan cincin , Chinta pon meninggal dunia . Akhir sekali anak Chinta hasil dengan Kamal iaitu Chinta juga ziarah kubur mak dia . The End .


Drama Chinta di Slot Akasia TV3


Drama Epilog Syurga Cinta akan habis pada minggu ini . Ada beberapa episod lagi untuk drama Epilog Syurga Cinta yang terakhir . Dengar cerita dalam drama nie Fasha Sandha bertudung , mesti nampak ayukan ? Drama nie mengandungi 28 episod . Jom layan sinopsis pulak

Sinopsis Drama Chinta

Drama Chinta mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung. Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.

Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

Pelakon Drama Chinta 

Fasha Sandha, Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min.

Sinopsis Drama Epilog Syurga Cinta di Slot Akasia TV3


Sinopsis Drama Epilog Syurga Cinta

Drama Epilog Syurga Cinta memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci. Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Shuhada.

Sikap liar Irham ditambah dengan hubungannya bersama Xeera, model terkenal menyebabkan ayahnya, Tan Sri Zakaria runsing memandangkan wartawan tak habis-habis mengorek berita hangat sehingga membabitkan nama baiknya. Ibu Irham, Puan Sri Mahani juga menentang hubungan Irham dan Xeera memandangkan dia sendiri mempunyai rancangan tersendiri untuk mengahwinkan Irham dengan anak perempuan Datin Linda, kawan baiknya yang dilihat lebih setaraf dan berstatus.

Sumber : Dauspozi

Antara pelakon Epilog Syurga Cinta

 Zizan Nin - Irham

Rafidah Ibrahim - Cikgu Siti Syuhadah

Mia Sara Nasuha - Mia

Daus

Hanafi

Tan Sri Zakaria

 Datuk Cikgu Siti Syuhadah

Gambar-gambar kat atas merupakan gambar semasa episod 1 dan episod 2 Epilog Syurga Cinta

Download Link Drama Epilog Syurga Cinta



Opening Drama Epilog Syurga Cinta


Lagu tema OST Epilog Syurga Cinta belum jumpa lagi , dah jenuh cari ini T____T . Sapa yang dah kemaruk sangat dengan lagu drama nie , dengar jea lah dulu lagu opening drama nie yea . Hehehe . Fanpages Epilog Syurga Cinta dah ada kat Facebook . Sapa suka drama nie , sila pergi like sekarang .


Drama Epilog Syurga Cinta di Slot Akasia TV3

Ost Ilusi di Slot Akasia minggu lepas dah habis . Esok akan ditayangkan drama terbaru yang bertajuk Epilog Syurga Cinta . Drama ini diadaptasikan daripada filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh Awal Ashaari, Heliza dan adik Haziq .


Sinopsis drama Epilog Syurga Cinta ini masih belum dijumpai tapi mengikut perkembangan berita di group peminat Mia Sara Nasuha , jalan cerita drama ini akan sedikit berbeza dari filem Syurga Cinta .


Kalau dahulu dalam filem Syurga Cinta adik Haziq (Ikmal) jadi adik angkat Awal Ashaari (Irham) , sekarang dalam drama Epilog Syurga Cinta Mia akan mejadi adik tiri Zizan Nin . Fida tetap akan menjadi Cikgu Siti Syuhadah .

Jadi sama-samalah kita menunggu drama 28 episod ini esok 2 Ogos pada pukul 6.30 petang setiap Isnin hingga Khamis hanya di TV3 .

Nak tengok gambar Mia semasa shooting drama Epilog Syurga Cinta boleh tengok kat sini


Gambar Mia Sara Nasuha dalam Epilog Syurga Cinta

Salam pagi semua !

Pagi-pagi nie kita layan gambar Mia yea . Pada sapa-sapa yang mood tengah tak molek , eloklah tatap gambar-gambar Mia yang comel nie . Semoga anda ceria selalu dan dimudahkan urusan oleh Allah ! =)



Gambar dari fanpage Mia Sara Nasuha

Nak tengok gambar yang lain sila klik link dibawah 

<3<3 MIA SARA NASUHA <3<3



Lirik Lagu Tiada Rasa OST Ilusi

Azreeny mencari tajuk lagu duet dalam drama Illusi . Tajuknya ialah Tiada Rasa oleh Aliff Razali
dan Ika Nabella AF6 . Layanlah yea ! =)


Lirik Tiada Rasa

Tiada rasa di antara kita
Kau dan aku bersama bahagia
mencuba tuk merasakan cinta
tapi tak kurasa

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hati ku tertanya
getar rasa seakan sengsara
nafas tak terhela

Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita
teman saja

Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna
teman saja

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hatiku tertanya
getar rasa seakan sengsara
nafas tak terhela

Ooooo tiada rasa..oooo tiada rasa

Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita

teman saja

Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna teman saja

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hatiku tertanya

Sumber : Nurizspace

Download Aliff Razali feat Ika Nabella- Tiada Rasa

4Shared - http://www.4shared.com/audio/ODFrSUiM/Aliff_Razali_feat_Ika_Nabella-.html
MediaFire - http://www.mediafire.com/?odcd51kasxdb8wk


Lagu Tema OST Ilusi di Slot Akasia


Penyanyi : Aiman
Ciptaan sepenuhnya : Hafiz Hamidun
 
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita
Kau air dimataku
Satu antara seribu
Tiada antara di dunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
{Ulang kedua-dua rangkap di atas}

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan
{music breach}
 
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya...2x

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan
Segalanya ketentuan tuhan....

Download Ilusi – Cinta Terakhir


Sinopsis OST Ilusi

TIADA sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan? Ia adalah sebuah lagi drama menarik di slot Akasia berjudul Ilusi terbitan Asia Media Content, arahan Liza Ismail. Skrip dihasilkan oleh Nor Faznita Md Nor akan mula bersiaran pada 21 Jun 2010.

Drama yang mempunyai 24 episod tersebut membariskan Diana Rafar, Ashraf Muslim, Ryzal Jafar, Baharudin Omar, Mahmud Ali Basha, Azhar Sulaiman, Liza Abdullah, Wan Elyas, Ika Nabila, Abby Abadi, Zamarul Hisham, Sharulzaman dan Fikhree Bakar.

Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat. Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing. Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal.

Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka. Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Ryzal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza . Kebaikan Ryzal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman.

Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang. Apakah kuasa telepatinya dan visi-visi Lyza dapat menyelesaikan misteri yang berlaku dalam kehidupannya?

Kredit to Mstar