Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya !
Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.
Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.
Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!
"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"
Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita!
Pengarang : Aina Emir
Penerbit : Karna Dya
Harga : RM19.90
Diadptasikan daripada karya novelis terkenal tanahair, Aina Emir bertajuk Kau Laksana Bulan telah bermula pada 31 Mei ini penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) berpeluang menyaksikannya pula di layar skrin menerusi drama bersiri 13 episod yang menonjolkan perjalanan hidup seorang insan yang bergelar wanita. Pelbagai situasi pahit manis dan renyah yang terpaksa ditempuhi dan bagaimana setiap rintangan dan konflik dalam hidupnya itu diatasi oleh srikandi drama ini yang bernama Adrianna dengan penuh ketabahan.
Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan  dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja  dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan  pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Malaya.
Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah  tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis  sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna  bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh.  Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna  namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan  merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan  jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia  juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga  tepi kainnya.
Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran  ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang  mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program  sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga  yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.
Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya  itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali di dalam tren komuter  Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas  semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren  komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan  itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam  manuskrip novelnya.
Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik,  seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi.  Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang  melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul  kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik  itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik  dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal  suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam  hidup Adrianna.
Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta  agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi  sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih  terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam  hidupnya selepas Syafik.
Razif merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna  yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang  buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah  meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah  menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.
Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba  muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif.  Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar  mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan  ‘wanita’ Adrianna.
Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna  dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada  kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan  berasa hampa. Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna  telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya,  perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang  dianggapkan sebagai tidak serius.
Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana  layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan  Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang  sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah  mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi.  Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.
Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi  kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul  semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja  Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna  menjadi tidak tentu arah.
Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh  suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang  telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu  bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul?  Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.
Pelakon Kau Laksana Bulan  
Ayu Raudhah, Zulhuzaimy, Fizow  Omar, Ashraff Muslim, Bienda, Dian P. Ramlee dan Fathil Dani
Sumber : Drama Kau Laksana Bulan 
Dah lama






owh AK mmg ikut cerita ni.. ske tgk ayu raudhah berlakon pakai tudung..lawa n ayu sgt..heheehe...
ReplyDelete@aliesha kirana
ReplyDeletememang lawa .. nampak sopan jea kan ? =)
cite tgh tayang kt tv 2 setiap isnin 8.30 mlm....copy link ke idm lps 2 seduttt @ gna firefox outomatik download
ReplyDeletelink
ep 1
http://www.rtm.gov.my/video/tv2/bulan/310510.flv
lau nk download yg lain cma ubah tarikh kt hjung link tu mngikut cte tu dimainkan kt tv..
slmt mencuba semua..
aspire_1711@yahoo.com
@Anonymous
ReplyDeletethanx yea =)