Showing posts with label Drama/Movie. Show all posts
Showing posts with label Drama/Movie. Show all posts

Hari Movie


Baru jea lepas habis tengok movie Tangled Tale (2010) secara online . Yea online sebab aku kedekut duit . Online free jea .. hehehe . Sementara free nie , tengoklah . Kalau tak leh nanti , terpaksalah beli tiket wayang T_____T .



Suka sangat tengok rambut Rapunzel yang panjang . Kuda yang bernama Maximus yang suka bergaduh dengan Flynn Rider yang perasan heandsome pon best dan kelakar .

Update : Since ramai yang bertanya nak tengok kat mana movie online , korang boleh klik link ini . Tak payah register pon tak pe tapi kena pandai cari link yang bagus =)


p/s : Nanti nak tengok movie Megamind pulak ! hehehe


When a Stranger Calls


Baru jea lepas tengok filem seram bertajuk When a Stranger Calls tahun 2006 kat TV2 . Rugi sapa tak tengok sebab cerita nie memang best dan seram untuk orang perempuan . Kalau nak lebih syok , try tengok filem nie sorang-sorang . Pasti berasa seram dan berdebar . Cerita nie dah 2 kali ulang kat TV2 tapi aku tetap tak bosan tengok cerita nie dan yang pastinya 2 kali menjerit bila tengok part yang mendebarkan T_____T . Aku bagi 9/10 bintang untuk filem nie.
 

Inilah watak utama dalam cerita nie . Namanya Jill . Dia dikehendaki babysit budak sebab banyak sangat guna handset sampai bil telefon naik . Ayahnya yang suruh dia babysit budak . Rumah budak-budak yang dia kene babysit tuu kat atas gunung dan jauh dari rumah orang . Rumah tuu besar gila . Bermulalah cerita bila ada orang telefon dia berulang kali sampai dia naik ketakutan dan telefon polis tapi kasihan polis tak berapa percaya . Orang gaji hilang .. kawan baik dijumpai mati ... tengoklah sendiri !

p/s : Tengok jangan tak tengok ! =)

Episod Akhir Telenovela Stairway to Heaven


Dah habis rupanya drama nie kelmarin , tak tengok mana drama Stairway to Heaven nie . Just tengok sekali-sekala . Sapa nak tengok ending nie boleh click link dibawah nie yea .

Telenovela Stairway to Heaven Episode 30 - Episod Akhir/Last Episode -

Telenovela Stairway to Heaven Episode 30 Part 1

Telenovela Stairway to Heaven Episode 30 Part 2

Telenovela Stairway to Heaven Episode 30 Part 3

Sumber gambar dan link dari dazzlingmeteor.blogspot.com

Drama Stairway To Heaven Versi Filipina


Drama Striving For A Sun dah habis sebelum rayakan ? Ending dia tak tengok pon hanya dengar cerita orang jea sebab tak layan cerita tuu . Tapikan telenovela Stairway to Heaven versi filipina nie yang sebijik sejebong macam yang korea punyer nie terasa nak melayan lah pulak . Drama versi korea ku tak tengok pon tapi mesti lagi layankan ? Episod 1 drama Stairway to Heaven adaptasi dari drama korea dah bermula pon beberapa hari yang lepas . Hari nie mesti tengok sambungan dia . Hehehe . Layan !! =p

Sinopsis Drama Stairway To Heaven 
(asalnya dari BI tp ku tukar guna google jadi berbelit , pandai-pandai laa faham yea)

Jodi dan Cholo membesar bersama. Mereka selalu ada untuk satu sama lain. Tragedi bermula apabila Cholo mula belajar di luar negeri tanpa Jodi. Ayah Jodi Maita berkahwin lagi, yang mengambil dua anaknya, Tristan dan Eunice, dari pernikahan sebelumnya dengan Dindo. Eunice iri kehidupan Jodi dan bertekad untuk mengambil segalanya, termasuk Cholo. Tristan mula mengembangkan perasaan untuk saudara tiri nya Jodi, namun Jodi masih mencintai Cholo.

Lima tahun kemudian, tragedi terjadi apabila Jodi kemalangan kereta menyebabkan dia kehilangan memori nya. Bersama dengan Tristan, mereka memulakan hidup baru. Cholo dipimpin untuk percaya bahawa Jodi sudah mati, dan Jodi disebut sebagai Jenna. Jadi dia datang ketika dia bertunang dengan Eunice. Namun, ketika mereka bertemu lagi suatu hari, ia bertekad untuk mengingatkannya pada cinta yang mereka miliki untuk satu sama lain.


Episode - 65 episod

Jodi dan Cholo

Pelakon Drama Stairway To Heaven


Rhian Ramos - Jodi Reyes / Jenna Cruz
Dingdong Dantes - Cholo Fuentebella
TJ Trinidad - Tristan Manansala / Charlie Matias
Glaiza de Castro - Eunice Aragon


Episod 1 Drama Asmara di Slot Lestary

Tengok drama nie semalam , nampak best jea permulaannya . Harap-harap best laa sampai akhir yea =)

Sinopsis Drama Asmara

ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.
Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu.

Pelakon Drama Asmara

Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi

Sumber : www.budiey.com


Drama Angin Rindu Sarajevo


Episod: 25 episod
Hari Tayangan : Isnin hingga Jumaat,
Masa Tayangan : 10.30 malam / Ulangan pada 5.30 pagi
Slot: Mahligai
Pelakonan : Sharifah Sofea Syed Husein, Beego, Dato Hj Aziz Singah, Linda Hashim, Amanda Misbun, Nasir Bilal Khan, Fazreen Rafi dan Rosnah Johari.

Angin Rindu Sarajevo bermula dengan memperkenalkan watak Natasya adalah seorang gadis Bosnia Herzegovina dari pedalaman bandar Visoko, di daerah pergunungan terpencil dari kesibukan kota Sarajevo, Bosnia Herzegovina.

Walaupun tinggal jauh di pedalaman, dipinggir bandar Visoko, sebuah kawasan berbukit yang sangat indah di mana terdapatnya Piramid Bosnia dia hidup dalam suasana keluarga yang terbuka berbanding dengan masyarakat lain yang agak tertutup pemikirannya.

Bapanya Adnan mahu anak-anaknya berjaya dan mahu menghantar tiga orang anaknya belajar di sekolah Inggeris di Sarajevo. Namun peperangan telah memusnahkan segala impiannya. Bahkan bukan saja keluarganya hancur tetapi juga beliau dan isteri Vilma telah terkorban. Anak-anaknya Natasya, Sefika dan Armin telah terpisah.

Natasya agak beruntung kerana dipelihara emak saudaranya Nada dan Vilmot. Natasya dibesarkan dalam keluarga Kristian bersama Nikola, sepupunya iaitu anak kepada Nada dan Vilmot. Demi menjaga amanah adiknya Vilma, Natasya terus membesar sebagai seorang muslim, terdidik dengan didikan agama walaupun berada di dalam komuniti Kristian.

Ketika Natasya melangkah ke Kolej, dia ditawarkan biasiswa Yayasan Amal International dari Malaysia untuk belajar di UIA. Tawaran tersebut diterima dengan besar hati walaupun bapa saudaranya Vilmot agak keberatan melepas Natasya pergi melanjutkan ke Malaysia. Tamparan yang lebih hebat datang dari Nikola yang sejak kecil menyimpan perasaan terhadap Natasya.

Natasya dibesarkan dalam suasasana perang dan timbul hasrat mendalam untuk membela masyarakatnya. Sejak kecil, beliau suka kepada kegiatan kemasyarakatan dan mahu membangunkan anak bangsanya terutama penduduk tempatan supaya berjaya dan membangun seiring dengan perkembangan dunia luar. Namun keadaan di Bosnia Herzegovina tidak semudah itu. Bukan mudah untuk seorang wanita terutama anak gadis mendapat pendidikan di luar negara untuk berperanan di negara sendiri.

Semasa belajar di peringkat kolej Sarajevo, Natasya banyak menyertai kegiatan kemasyarakatan melalui Yayasan LAJEPA, sebuah yayasan yang diasaskan oleh prof. Azra. Ketika itulah dia berkenalan dengan Datuk Hamzah, seorang tokoh NGO Yayasan Amal International dari Malaysia yang sering berulang alik ke Sarajevo bagi mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan kedua-dua belah pihak.

Sumber : Budiey 

Drama Mahabbah De Laila

Sinopsis Mahabbah De Laila TV9

MAHABBAH De Laila, mendengarkan tajuknya sahaja sudah cukup unik. Mahabbah membawa maksud cinta yang dimiliki oleh seorang wanita bernama De Laila. Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.

Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup. Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelang hari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanita yang terlalu tabah.

Apalagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan. Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.

Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila. Pada masa yang sama, Waad 'berperang' emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.

Drama 26 episod nie telah mula ditayang pada awal bulan 8 . Bersiaran pada setiap hari Isnin pukul 9.30 malam di slot Ratu TV9 . Tak tengok drama nie tapi nampak best sebab kahwin dengan orang muda . Hehehe .

UPDATE 7/10/10 :  Boleh tengok kat http://www.tonton.com.my tapi kena register dulu =)

Drama Masam Manis Ramadan


Sinopsis Masam Manis Ramadan

Siapa sangka panas hingga ke petang … Kehidupan rumahtangga yang bertahun dibina dengan harmoni bertukar menjadi porak-peranda apabila suami sendiri meminta cerai.

Walaupun perit, Suraya terpaksa meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak yang menjadi pendorong utama dengan berkerja sebagai pembantu dapur. Tanpa disangka, bakat memasak yang selama ini terpendam kini menjadi sumber punca pendapatannya apabila ramai yang mula menggemari hasil masakannya yang sangat enak.

Saksikan kisah suka-duka Suraya, wanita yang bersemangat cekal mengharungi apa jua cabaran kehidupan bersama anak-anaknya.

Pelakon

Sheila Rusly, Roy Azman, Finie Don, Naim Daniel, Chef Zam

Sumber : Budiey 

Drama 16 episod nie dah bermula pada 16/8 . Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 5.30 petang hanya di TV3 . Dah tengok drama nie , memang menyentuh emosi . Ada babak-babak dalam drama nie yang sinonim dengan kehidupanku sekeluarga . Memang sesuai sekali tajuk dan jalan ceritanya . Terlepas episod 1 dan 2 ? Boleh tengok kat TV3 Online


Drama Epilog Syurga Cinta di Slot Akasia TV3

Ost Ilusi di Slot Akasia minggu lepas dah habis . Esok akan ditayangkan drama terbaru yang bertajuk Epilog Syurga Cinta . Drama ini diadaptasikan daripada filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh Awal Ashaari, Heliza dan adik Haziq .


Sinopsis drama Epilog Syurga Cinta ini masih belum dijumpai tapi mengikut perkembangan berita di group peminat Mia Sara Nasuha , jalan cerita drama ini akan sedikit berbeza dari filem Syurga Cinta .


Kalau dahulu dalam filem Syurga Cinta adik Haziq (Ikmal) jadi adik angkat Awal Ashaari (Irham) , sekarang dalam drama Epilog Syurga Cinta Mia akan mejadi adik tiri Zizan Nin . Fida tetap akan menjadi Cikgu Siti Syuhadah .

Jadi sama-samalah kita menunggu drama 28 episod ini esok 2 Ogos pada pukul 6.30 petang setiap Isnin hingga Khamis hanya di TV3 .

Nak tengok gambar Mia semasa shooting drama Epilog Syurga Cinta boleh tengok kat sini


Drama Kau Laksana Bulan Adaptasi dari Novel

Sinopsis Novel Laksana Bulan 

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya !

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"

Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita!

Pengarang : Aina Emir
Penerbit : Karna Dya
Harga : RM19.90



Diadptasikan daripada karya novelis terkenal tanahair, Aina Emir bertajuk Kau Laksana Bulan telah bermula pada 31 Mei ini penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) berpeluang menyaksikannya pula di layar skrin menerusi drama bersiri 13 episod yang menonjolkan perjalanan hidup seorang insan yang bergelar wanita. Pelbagai situasi pahit manis dan renyah yang terpaksa ditempuhi dan bagaimana setiap rintangan dan konflik dalam hidupnya itu diatasi oleh srikandi drama ini yang bernama Adrianna dengan penuh ketabahan.

Drama Kau Laksana Bulan

Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Malaya.

Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.


Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.

Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.

Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik, seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna.


Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Syafik.
Razif merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.

Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif. Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan ‘wanita’ Adrianna.
Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan berasa hampa. Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya, perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang dianggapkan sebagai tidak serius.


Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.
Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul? Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.

Pelakon Kau Laksana Bulan 

Ayu Raudhah, Zulhuzaimy, Fizow Omar, Ashraff Muslim, Bienda, Dian P. Ramlee dan Fathil Dani

Dah lama google video Drama Laksana Bulan episod 1 tapi tak jumpa T____T . Tak ada sapa-sapa ke yang download ? Nak tengok !  Tinggal 5 episod jea lagi pastu habis . 

10 Things I Hate About You


Synopsis 10 Things I Hate About You (TV series) 2009

As Kat and Bianca start at their new school, they have very different goals. It's clear that one sister wants to stand out and the other just wants to fit in. As they start a bumpy year at Padua High, Kat and Bianca attempt to navigate the popular crowd, boys and their over-protective dad. Bianca tries everything to be popular and become a cheerleader - although getting involved with the boyfriend of the most popular girl in school creates new challenges.

For more info , klik here  

Drama berunsur komedi nie dah lama start , start awal bulan 7 lagi . Dulu ada cerita yang sama tajuk dengan drama nie . Masa darjah 3 aku tengok tapi dah tak ingat . 

10 Things I Hate About You

Tahun 1999