My Water Moments


Sony dan Nuffnang telah menawarkan 3 buah kamera yang sangat cool dan memikat hati ! Kamera Sony cybershoot TX5 memang aku perlu miliki sebab ia merupakan kamera idaman aku. Kenapa aku mengatakan ia idaman aku ? Sebab sekarang aku hanya mempunyai handset berkamera yang sentiasa menemani aku apabila bergambar T____T . Kamera Sony TX5 mempunyai ciri-ciri yang tersangat cool yang tiada pada handset aku .

 Gambar dari handsetku

Kualiti gambar handset aku memanglah tak comel . Kalau terlebih cahaya , gambar akan menjadi seperti di atas tak clear dan nampak macam blur saje . Kalau kurang cahaya pulak gambar akan menjadi gelap dan nampak kusam . Oh handsetku ! =(

Handset aku memang anti dengan air . Aku takut-takut masa ambil gambar budak-budak lelaki main bola dalam kolam renang . Air terperincik kat merata-rata tempat ! Memang ganas dorang bermain . Kalau terkena air , memang aku meraung takut handset rosak .


Bagi aku kalau nak pergi ke mana-mana , kamera merupakan gadjet yang paling penting . Kalau tak ada kamera , rasa tak complete jea sebab aku suka mengambil gambar . Apabila suka ambil gambar , mestilah suka post gambar dalam blogkan ? . Kalau ada gambar yang lucu atau yang cantik mesti aku teringin postkan semuanya dalam blog supaya pembaca pun dapat merasainya . Tapi sayang , aku tak ada kamera Sony TX5 ! Aku hanya mempunyai handset berkamera T____T . Kalau ada kamera Sony TX5 , mesti cantik gambar yang ada dalam blog aku .

My Water Moments


Pengalaman aku bersama air ialah pada tahun lepas semasa kem sekolah . Bermalam di Rumah Rehat Mybank selama 3 hari 2 malam yang dilengkapi dengan kolam renang telah membuatkan aku senyum sampai telinga . Bergembira bersama kawan-kawan dalam kolam renang merupakan saat yang paling mengembirakan . Tapi sayang tak ada satu pun gambar kenangan di dalam air macam gambar ikan kat bawah nie . Kalau ada kamera Sony TX5 , mesti kenangan tersebut akan menjadi lebih indah ! 


Jika aku ada kamera Sony TX5 , apa yang akan terjadi ?

Kalau nak ambil gambar dekat-dekat dengan air pun tak ada masalah , tak adalah aku terpekik AIR AIR ! hehehe . Kalau kamera terperincik air pun mesti aku tersenyum jea sebab kamera Sony TX5 niekan kalis air . Aku pun boleh berenang bersama kamera Sony TX5 . Mesti bestkan ?

Time aku nak ambil gambar cepat-cepat jea mesti gambar jadi blur . Tapi kalau aku ada kamera Sony TX5, katakan TIDAK kepada gambar blur !


Kualiti video kameraku tersangatlah low . Cuba anda lihat video kat atas . Gambar sungguh tak jelas T___T Kamera Sony TX5 boleh juga merakam video . Kualiti videonya sangatlah mantap walaupun ditempat yang kurang cahaya  ! Jealous nie ..



 Ciri-ciri Kamera Sony TX5

Kamera Sony TX5 mempunyai pelbagai ciri kalis . Antaranya ialah kalis pada air , habuk , gegar dan sejuk  Ciri yang aku paling suka mestilah kalis air dan kalis gegar ! (n____n)


Water-proof : Boleh masuk dalam air sedalam 3m utk tempoh maksima 60minit
- Bolehlah aku masuk berenang bersama ikan-ikan comel kan ?

Shock-proof - kebolehupayaan untuk tidak menggegarkan gambar
- Ciri ini memang best sebab lain kali kalau nak ambil gambar cepat-cepat , tak lah gambar blur

Dust-proof - Anti habuk
- Kalau kamera jatuh atas pasir , mesti tak payah sapu sebab pasir tak melekat kat kamera 

Temperature-proof : Boleh tahan walaupon dengan suhu membeku –10ÂșC
- Ambil gambar masa cuaca sejuk , kamera tak rosak sebab boleh tahan beku



Ciri-ciri lain kamera Sony TX5

1) Gambar jelas dan terang di tempat kurang cahaya - Boleh menangkap gambar walaupun ISOnya tinggi di tempat yang kurang cahaya, mengurangkan 'noise' dan 'blur' dan menghasilkan gambar yang jelas dan terang

2) 10 gambar dalam 1 saat - Boleh menangkap 10 gambar objek yang bergerak pantas dalam satu 'time frame' . Kamera ini juga akan memilih gambar yang paling terbaik dan dipaparkan secara automatik .

3) Ambil gambar panorama - Apabila kita mengacukan kamera secara horizontal , kita dapat memperolehi gambar panorama yang menakjubkan atau secara menegak untuk menangkap objek tinggi. Intelligent Sweep Panorama ini juga mengenal pasti muka dan pergerakan secara automatik dan seterusnya menggabungkan untuk menjadi satu gambar panorama yang indah untuk dipaparkan

4) Gambar 'Twilight' yang sempurna - Dengan mod Handheld Twilight , foto anda 50% kurang 'noise' kerana sensitiviti "Exmor R" Sensor CMOS yang digabungkan dengan prosesor BIONZ imaging membolehkan kamera untuk menempatkan di enam frame visual untuk mencipta citra gambar yang optimum tunggal.

Bahkan ketika mengambil gambar pada setting ISO tinggi atau tanpa menggunakan tripod, anda masih menikmati gambar lebih bersih, lebih tajam dengan Handheld Twilight

For more info , click Sony

0 pemimpi:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)