Drama Durja Ningsun di Slot Seram


Drama Roh Kembali dah habis . Tak tengok penuh pon drama Roh , tengok sekali sekali jea sebab x best . Ending semalam pon kurang best . Lagi best layan drama 10 Things I Hate About You dekat 8TV . Minggu depan ada drama terbaru yang bertajuk Durja Ningsun - Akan ku jejaki hingga akhir . Drama ini mempunyai 13 episod dan seperti biasa bersiaran pada hari khamis pukul 9.30 malam dan tentunya di TV3.

Sinopsis Durja Ningsun

Kisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.

Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.

Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.

Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris).

Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan? 

Sumber :  Budiey

Pelakon 

Erin Malik, Eizlan Yusof, Aeril Zafrel, Abu Bakar Juah, Aida Aris dan Faralyna Idris.

Sumber : Eizlanyusof


9 pemimpi:

  1. tk sudah2 org melayu di sajikan dgn cerita2 hantu..huhu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KEHEBATAN CINTA

    ReplyDelete
  2. liza tak branie lah tgk criter seram, mesti tak leh tidur lepas tu

    ReplyDelete
  3. wah..macam menarik je cerita ni..harus cikmin tengok..

    ReplyDelete
  4. salam dan selamat berpuasa..ishhh tak rajin nak layan cerita seram kat tv 3..sebab byk sgt iklan..skrg ni layan epilog syurga cinta ajer

    ReplyDelete
  5. @Liza

    zqah boleh tido cuma nak g tandas rasa macam nak suruh orang teman .. haha

    ReplyDelete
  6. @kak ina kl

    wsalam dan selamat berpuasa juga kak ina ... ESC pon ok jugak .. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)