Friday, August 13, 2010

,

Drama Ramadhan Kuih Goyang Syafiq


Drama bersiri ini adalah kesinambungan telefilem raya tahun lepas (2009) iaitu Kuih Goyang Seha di TV3 slot Cerekarama pada musim raya . Watak yang dimainkan oleh Nabil telah dikembangkan dan lebih diberi penonjolan sehingga tajuk drama asal telah ditukar kepada Kuih Goyang Syafiq .



Masih mengekalkan konsep kekeluargaan yang menghadapi masalah apabila menjelangnya Hari Raya kerana masing-masing berebut untuk balik kampung siapa pada tahun ini dan pelbagai masalah yang lucu timbul disepanjang cerita ini dan saksikan bagaimana Syafiq (Nabil) membancuh dan membuat kuih goyang, drama bersiri ini telah bermula pada minggu lepas setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 11.00 pagi .

Nak tengok cerita Kuih Goyang Seha klik link ini Cerekarama Kuih Goyang Seha

Terlepas episod 1 dan 2 Kuih Goyang Shafiq boleh tengok kat TV3 Online

Sumber : Fizlan Yusof




Share:

2 comments:

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)