Filem Ombak Rindu Adaptasi dari Novel Ombak Rindu
Filem arahan Osman Ali ini diadaptasikan daripada novel popular Ombak Rindu yang turut menggunakan judul yang sama untuk filem .
Sinopsis Filem Ombak Rindu ( akan diupdate kemudian )
Memetik sinopsis Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Tempat penggambaran Filem Ombak Rindu
Alor Setar , Langkawi , Cameron Highlands
Sumber : myMetro
Pelakon Filem Ombak Rindu
Aaron Aziz sebagai Hariz
Lisa Surihani sebagai Mila
Maya Karin sebagai Izzah
Sumber : Ombak Rindu
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
novel lg..?? layan la.. =)
ReplyDeletemy recent post:
ost epilog cinta.. jom layan =)
@Zairie Husin
ReplyDeletehehehe
salam..act..kureng suke kalo maya jd heroin..coz x dpt nk imagine...novel ni trsgtlh bez nye....
ReplyDeleten lisa jd mila...we'll see... kalo trbalikn watak tu pon bez gak....
waa....bestnya,,tp i sokong ^thumbellina^ ckp..
ReplyDeletebila drama ni start di tygkan?? kat chanel mana??
@kamsiah
ReplyDeleteakan ditayangkan di pawagam tak lama lagi =)
emm saya prefer fazura jdi izzah...
ReplyDelete