Novel-novel Fauziah Ashari


Sinopsis Novel Ombak Rindu ( Keluaran Alaf21 )

Novel pertama 

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sinopsis Novel Cinta ... Tiada Akhirnya ( Keluaran Intens Idea/Media )

Novel Kedua

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah .....Cinta ... Tiada Akhirnya, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, Cinta ... Tiada Akhirnya, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

Sinopsis Novel Rindu Cintaku ( Keluaran Intens Idea/Media )

Novel Ketiga

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tidak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Haris yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta yang tidak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau... Nyawa?


16 pemimpi:

  1. da baca sume.....sume besttt.....hee...sgt suke haris ngn izzah...watak dorg idup..

    ReplyDelete
  2. kat atas tu cuma pernah baca ombak rindu..ehehe lelain xde lg..mood nk baca2 novel nie dh kelaut dh :P

    ReplyDelete
  3. dulu zaman student, layan gak baca novel. skang ni mmg tak layan langsung sebab cam dah tak masuk ngan jiwa.hihi

    ReplyDelete
  4. teringin nak baca ombak rindu
    tapi nak pinjam kat sapa eh

    ReplyDelete
  5. @Mr PenyuBiru

    dah berumur kot sebab tuu jadi gitu =p

    ReplyDelete
  6. @Hazzy Ishak

    kat public library tak ada ke hazzy ? klau x ada kena beli lah .. huhu

    ReplyDelete
  7. ombak rindu tu dah baca zaman sekolah dulu.
    tp baru je habis baca cinta tiada akhirnya. ada sambungan lagi ye?
    hahah.. kena g cari la ni..

    ReplyDelete
  8. Zaman sekolah dulu suka novel-novel. Masa tu dari Creative Enterprise banyak novel best.

    ReplyDelete
  9. @blogresipi

    oo .. sekarang creative dah kurang novel yang best

    ReplyDelete
  10. saya pun baca ombak rindu jer yg dua lagi tu best ke??

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)