Friday, October 22, 2010

Drama Ulek Mayang Di Slot Lagenda TV3

Share it Please

Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan watak utama drama Ulik Mayang ini ialah Elly Mazlein dan Fezrol Khan. Drama nie akan bermula pada 25 Oktober 2010 , jadi episod akhir drama Siti Kelembai adalah pada hari ini iaitu 21 Oktober 2010 . Penggambaran drama ini bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010. Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong telah dipilih sebagai lokasi penggambaran drama ini.

Sinopsis Ulek Mayang 

Ulek Mayang, mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri Mayang Sari di persisiran pantai. Suatu hari, mereka bertemu dan jatuh hati. Namun kisah cinta mereka dikhianati, Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, slot Lagenda amat disukai ramai kerana paparan cerita yang sangat menarik dan ‘Ulek Mayang’ bakal memenuhi cita rasa penonton.

“Selain paparan kisah cinta terlarang antara dua dunia yang agak klise, para penonton juga akan teruja dengan tarian Ulek Mayang yang telah diubahsuaikan daripada sebuah upacara pemujaan kepada tarian kebudayaan supaya bersesuaian dengan ajaran Islam pada zaman sekarang. Kami berharap agar penonton TV3 akan terhibur dengan siri drama tersebut.”

Jangan ketinggalan untuk menonton “Ulek Mayang” mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 jam 8.30 malam.

Sumber : DJ 

Pelakon Ulek Mayang
Elly Mazlin (Puteri Mayang Sari) , Fezrol Khan, Sabrina Ali, Fizo Omar, Seniwati Mariani, Mak Mah dan ramai lagi

Lagu Tema Drama Ulek Mayang - Elly Mazlin
Semuanya lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Elly Mazlin iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”.

 p/s: Ulik Mayang berasal dari Terengganu . Nyanyian dan lirik 
Ulik Mayang seram tau !

10 comments:

  1. hah bru ade..hoho. cite ne mcm best..

    ReplyDelete
  2. wah! aku suka tul ngan fezrol khan nieh..ehikss..nk tgk la cite ni :)

    ReplyDelete
  3. teringat zaman muda2 dulu masa dengar lagu ulek mayang mcm berhantu je.. huhu.. but the legend of cerita ni is interesting

    ReplyDelete
  4. ulek mayang lah plak.tapi hero asyik sama jer.kita kekurang hero ke.kalu camtu aku nak jadi pelakon gak aa.mesti jadi hero.hehe

    ReplyDelete
  5. @Darkbatman

    line tenet kot prob tadi .. rasenya mmg best ..

    ReplyDelete
  6. @Bella Enveeus

    mcm versi psl lagenda ulek mayang nie .. kita tgk jea laa cite nie cane nanti ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)