Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Drama Marimar TV3


Theme Song OST Marimar 

Telenovela Mari Mar nie dah bermula pada 2 minggu lepas . Drama nie dibuat semula dari drama Marimar Mexico lakonan Thalia tahun 90an . Drama Marimar Philippines nie lebih menambat hati sebab pelakon-pelakonnya lebih cantik dan hensem . Heeee . Ini juga salah satu sebab mengapa saya tertarik nak tengok drama nie selain sinopsisnya yang menyentuh hati . Kalau anda nak tengok drama nie di TV3 pada pukul 3.00 petang setiap hari Isnin dan Khamis . Drama nie ada episod sebanyak 150 lebih .


Sinopsis penuh drama Marimar 

Gustawa Aldama, seorang bisneman kaya telah mengahwini seorang wanita bernama Lupita walaupun mendapat tentangan daripada ibunya,Dolores. Semuanya menjadi semakin rumit apabila Lupita melahirkan anak perempuan yang diberi nama Marimar kerana lahir di tengah lautan. Dolores yang percaya bahawa Lupita berkahwin dengan Gustavo hanya untuk mendapatkan kekayaan mereka berusaha untuk memisahkan mereka berdua. Dolores mengupah seorang lelaki untuk berpura-pura tidur dengan Lupita sehingga Gustavo melihat mereka. Dolores menghalau Lupita dan memberi amaran agar tidak kembali lagi. Apabila Gustavo mengetahui bahawa semua itu adalah rancangan ibunya, segalanya telah terlambat. Dia tidak berjaya menemui isterinya yang membawa diri bersama satu-satunya anak mereka. Gustavo meninggalkan ibu bapanya lalu pergi ke Manila dan terus mengharap agar satu hari nanti dia akan menemui anak dan isterinya.

7 tahun berlalu tetapi usaha Gustavo masih tidak berhasil. Suatu hari, sepupunya Esperanza datang membawa berita mengenai kematian orang tuanya dalam kemalangan. Sewaktu melawat makan ibu bapanya,Silva, kawan Lupita datang memberitahu di mana Lupita dan Marimar berada. Tanpa membuang masa Gustavo terus mencari dan berjaya menemui keluarganya. Lupita memaafkan Gustavo agar Marimar dapat merasai kasih sayang seorang ayah. Dalam perjalanan ke Manila, kapal terbang yang dinaiki mereka terhempas ke lautan dlalu memisahkan Marimar daripada ibu bapanya. Lupita dijumpai mati akan tetapi Marimar terus hilang.

Marimar ditemui di sebuah pulau terpencil oleh Lola Cruz dan Lolo Pancho yang mengaku sebagai datuk dan neneknya apabila mendapati Marimar hilang ingatan. Mereka memanggilnya Marimar kerana tulisan pada rantai lehernya. Marimar bertemu dengan Angelika dan menjadi sahabat. Walaubagaimana pun mereka mula bertengkar apabila Angelika jatuh dan tangannya patah. Angelika menyalahkan Marimar atas kejadian itu. Marimar membesar sebagai seorang gadis yang naif. Hidupnya mula menjadi rumit apabila bertemu dengan Sergio Santibanez lalu jatuh cinta. Marimar berkahwin dengan Sergio yang sebenarnya ingin membalas dendam terhadap ayahnya,Renato dan Angelika(maka tiri merangkap bekas kekasih Sergio). Marimar kemudiannya menjadi mangsa kekejaman Angelika yang cemburu di Vila Santibanez. Dari sini Marimar mula menyedari hakikat apa yang telah dilakukan oleh Sergio padanya.

Takdir mula berubah apabila Marimar memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa selepas menghadapi banyak penderitaan di rumah Santibanez dan kematian nenek dan datuk angkatnya akibat kebarakan yang diarahkan oleh Angelika. Di bandar Marimar menukar namanya kepada Bella dan melahirkan anak perempuan yang diberi nam Cruzita sempena nama Lola Cruz.

Selepas bertahun-tahun melalui pencarian yang tidak pernah berhenti Gustavo akhirnya bertemu Marimar tetapi kerana Marimar menukar nama kepada Bella maka dia dapat mengenalinya. Natalia yang memusuhi Marimar sejak di Vila Santibanez telah mencuri loket Marimar yang akan membuktikan identiti anak Gustavo yang hilang. Natalia mula menyamar sebagai anak Gustavo tetapi rancangan jahatnya tidak bertahan lama apabila Marimar mendapat kembali ingatan silamnya lalu membuktikan Natalia adalah penipu. Gustavo akhirnya mengetahui Marimar adalah anaknya tetapi tidak lama kemudian mati akibat sakit jantung. Dengan bantuan Esperanza dan kawannya Innocencia, Marimar pergi ke US dan bertukar daripada seorang gadis naif yang miskin menjadi serang wanita kaya dan sofistikated Bella Aldama.

Bila dia kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang bisnesman yang berhasrat untuk mengahwininya kerana masalah kewangan syarikat keluarganya. Rodolfo mengundang Marimar ke Masquerade Paty sebagai tetamunya. Tanpa diketahui olh Marimar yang dikenali sebagai Bella, Sergio turut hadir ke majlis itu. Sergio secara tidak sengaja terlihat Bella dan mengenalinya sebagai Marimar. Sergio mmberitahu Rodolfo bahawa Marimar adalah isterinya. Rodolfo tidak mempercayai kata-kata Sergio dan fikir itu adalah mustahil. Marimat menolak Rodolfo pada majlis perkahwinan mereka dan membuktikan dirinya masih mencintai Sergio.

Sementara itu perniagaan Vila Santibanez mula merosot dan Angelika pulang dari luar negara bersama Ranato yang lemah daya ingatan. Tanapa disedari oleh Renato, Angelika meletakkan 'ubat' yang akan melemahkan ingatan dalam makanannya. Renato pula menyedari bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap kehilangan harta dan syarikatny. Angelika pergi ke Manila untuk lelongan tetapi Marimar sebagai Bella muncul dan berlakunya konfrontasi. Disebabkan taktik penuh dendam Bella, Angelika kehilangan segala-galanya. Angelika kembali ke Vila Santibanez dan menghantar Renato ke hospital mental. Namun, Renato berjaya melarikan diri daripada hospital sebelum Angelika dan rang-orangnya tiba. Renato ditembak oleh Nicandro atas arahan Angelika. Walaubgaimanapun dia diselamatkan oleh Dra Rhia dan kebali bersama Sergio untuk membalas dendam terhadap Angelika. Marimar pula membeli Vila Santibanez. Berlaku banyak perebutan antara Marimar, Sergio dan Rodolfo. Marimar sekali lagi membuat keputusan untuk meninggalkan Filipina demi keselamatanya tetapi diculik oleh Rodolfo sebelum sempat pergi. Sergio cuba menyelamatkan Marimar tetapi Rodolfo secara tak sengaja menembak Marimar sedangkan tembakan itu sepatutnya untuk Sergio. Akhirnya ketiga-tiga mereka tertembak secara tak sengaja tetapi tidak serius. Rodolfo dibawa ke hospital dan kemudiannya menjalani perbicaraan dan dijatuhi hukuman penjara.

Marimar memaafkan Sergio dan keluarga mereka bersatu semula. Setelah itu Marimar menemui Vanessa May, kekasih Gustavo setelah kematian Lupita yang sedang mencari anak perempuannya yang hilang iaitu Angelika. Tanpa diketahui oleh Marimar, Angelika merancang kejatuhan pewaris Aldama untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggungjawab terhadap pembunuhan Vanessa May dan Esperanza. Angelika mengugut Marimar dengan pembunuhan Esperanza agar dapat mengumpan Marimar keluar. Sergio dan yang lain mengetahui bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap pembuhan ibunya dan Esperanza tetapi tiada bukti. Manakala Angelika pula mempunyai pisau dengan cap tangan Marimar dan baju yang penuh dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar agar dapat membunuhnya. Dia memberitahu kepada Marimar bahawa dia yang membunuh Esperanza untuk menutup mulutnya. Orang suruhan Angelika, Nicandro dan Diego telah menyelamatkan Marimar lalu membohongi Angelika tentang kematian Marimar. Rancangannya gagal tetapi dia membuat rancangan lain untuk memerangkap Marimar. Dia terus mengejara Marimar sehingga akhirnya mereka terpaksa berdepan untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang kali tetapi tiada apa terjadi kerana baju kalis peluru yang dipakainya. Marimar menyedari yang Angelika tidak akn pernah berhenti dan membuat keputusan untuk melawan kembali.Walaubagaimanapun Marimar mengalami kecederaan serius manakala Angelika ditangkap polis. Tetapi Marimar terselamat.

Sebulan kemudian, Marimar, Sergio dan teman-teman mereka pergi ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan Angelika. Juri mendapati Angelika bersalah kerana membunuh. Renato pula pergi ke penjara Angelika dan merasuah warden penjara untuk membuat Angelika menderita dengan memberinya kesan terbakar dengan nama Marimar. Sergio dan Marimar mengumumkan perkahwinan mereka dan Marimar memberi semula Vila Santibanez kepada Renato. Bapa angkat Angelika pula merancang untuk melepaskan Angelika dengan letupan bom dan dia perlu bekerjasama denganya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar.

Pengakhiran
Semasa hari perkahwinan, Angelika menyamar sebagai pemandu menggantikan Arturo yang dipukulnya. Sergio dan Cruzita diculik oleh Angelika. Dia memberi Marimar dua pilihan 'hadiah istimewa'. Dia menyuruh Marimar pergi ke pantai dan memaksa Marimar memilih antara nyawa Sergio dan Cruzita. Sergio dan Cruzita  berada dalam dua bot yang berbeza dengan bom yang diset pada masa yang sama di dada mereka. Marimar memutuskan untuk menyelamatkan Cruzita. Sebaik sahaja dia menyelamatkan Cruzita bom di bot Sergio meletup. Marimar membawa Cruzita terjun ke dalam laut bila bom Cruzita pula meletup dan Angelika tidak dapat mengesan mereka.

Sergio pula tidak mati dalam letupan itu. Sebelum bom masa itu meletup, dia dapat menumbangkan orang Angelika, membuang bom itu dan lari dari bot. Marimar berdepan dengan Angelika. Tanpa disedarinya, Sergio ada di kawasan itu berlawan dengan orang-orang suruhan Angelika. Marimar dan Angelika pula berlawan di landasan helikopter dan Marimar menolak Angelika ke dalam sungai yang dipenuhi buaya. Sergio dan Marimar akhirnya berkahwin di San Agustin Church, Manila.

Sumber : Yun's Life

Pelakon drama Marimar

Marian Rivera sebagai Mari Mar Perez / Bella Aldama 
 
Dingdong Dantes sebagai Sergio Santibanez

Drama Gemilang


Drama nie dah start hari Isnin 24/1/2011 pada pukul 9.00 malam di TV3 . Episod 1 drama nie boleh tahan laa . Tak boring , ada unsur-unsur semangat kental dan sedih . Tak sabar tunggu episod bila Asma (Tizz Zaqyah) dan Lah (Shahz Jazle) bertemu kembali .

Sinopsis Drama Gemilang

GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.

Pelakon-pelakon Drama Gemilang

Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.

- Budiey

Drama Sakti Delima


Selepas drama Putera Katak habis , kelmarin 3/1/2010 dah start drama Sakti Delima . Teruja tengok drama nie sebab 6 watak perempuan dalam drama nie semuanya bertudung . Syabas kepada kak Sheila Rusly sebab bagi peluang kepada perempuan bertudung .

Sinopsia Drama Sakti Delima

Kalau ikut cerita dalam filem

Di pinggir desa tinggal seorang pemotong kayu bersama tiga orang anak perempuan yang bernama Anggerik, Tanjung dan Teratai. Anak bongsunya, Teratai, memiliki seutas rantai hikmat ‘panca delima’. Suria Kencana pula ialah seorang putera raja yang telah disumpah oleh ibu tirinya yang tamakkan kuasa. Suria Kencana hidup dalam sumpahan dengan bertukar menjadi ular pada siang hari, dan kembali menjadi manusia pada malam hari. Cuma rantai hikmat ‘panca delima’ dapat melawan sumpahan tersebut.

Dengar dengarnya Iqram Dinzly akan jadi Putera Bunian bernama Nurfirdaus yang ada kuasa sakti. Dia disumpah dan dibuang ke bumi, lalu dia bertemu dengan seorang gadis jelita, manusia biasa lalu jatuh cinta.
- nurizspace

Pelakon Drama Sakti Delima
Bienda (Siti Melur), Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya’cob (Siti Tanjung), Liza Hanim (Dewi Bitara), Aida Khalida (Kemalasari) Iqram Dinzly (Putera Nurfirdaus), Ungku Ismail (Andika) Syean (Faris).
p/s : Selamat Menonton ! =)

Gambar-gambar Anugerah Skrin 2010



Gambar-gambar artis lain boleh tengok kat FB TV3Malaysia dan ASK2010 . Saya cuma ambil gambar artis yang sopan sebab suka tengok style fashion dorang .. heee . Senarai pemenang boleh tengok kat bawah nie . Kalau nak tengok gambar adik Mia Sara ada kat bawah nie . Comel betul dia !! Grrr ..



Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010

Pemenang Rancangan Realiti Terbaik
-Program Showdown 2010.

Pemenang Lakon Layar Terbaik Filem
-Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Pemenang Drama Komedi Terbaik
-Simpang 3

Pemenang Lakon TV Terbaik
-Shahrul Ezad (Antara Garisan)

Pemenang Rancangan Hiburan Terbaek
-Anugerah Bintang Populor

Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
-Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
-Isma Yusoof(Antara Garisan)

Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
-Fazura (Pisau Cukur)

Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
-Aaron Aziz (Evolusi KL Drift2)

Pemenang Rancangan Bual Bicara Terbaik
-RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu

Pemenang Laporan Khas/Berita Terbaik
-TV3 Aduan Rakyat Berbumbung Langit

Dokumentari @ Majalah Terbaik
-Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi

Pemenang Videografi Drama Terbaik
-Datang Bulan

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Filem
-Sharifah Amani (Mualaf)

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem
-Bront Palarae (Belukar)

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama
-Noorkhiriah (Antara Garisan)

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama
-Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pemenang Pengarah Terbaik Filem
-Allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pemenang Pengarah Terbaik Drama
-Murali Abdullah(Sebelum Akhirat)

Rancangan Muzikal Terbaik
-TV3 Anugerah Juara Lagu 24

Anugerah YASMIN AHMAD
-Shahiezy Sam

Drama Rantaian Terbaik
-Nur Kasih

Filem Terbaik
-Mualaf

Drama Terbaik
-Antara Garisan







Drama Hani di Slot Lestary TV3

Drama Asmara telah tamat pada minggu lepas . Tak tengok mana drama tuu sebab tak sempat . Selalunya kalau hari Selasa tengok drama Korean Oh ! My Lady pastu sambung tengok cerita Ghost Whisper pulak . Sebab tuu lah tak sempat T____T . Tapi tak ape , kita boleh tengok kat Tonton kalau tak sempat =) .



Sinopsis Drama Hani
Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.
Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya. Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.
Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor. Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

Pelakon Drama Hani

Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri

Sumber : Farah

 p/s : Sedih baca sinopsis drama nie =(

Drama Putera Katak di Slot Lagenda

Drama Ulek Mayang dah habis . Lupa pulak nak tengok episod akhir Drama Ulek Mayang . Kena tunggu update kat Tonton Online lah kalau nak tengok . Drama terbaru yang akan menggantikan Drama Ulek Mayang ialah Drama Putera Katak . Drama nie diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince . Drama terbaru nie akan bermula pada minggu depan hari Isnin 29 November . Siarannya tetap sama iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.
 
Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures dan diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Drama nie mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Putera Katak

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.

Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

Sumber : mStar

 p/s : Rasa-rasanya pelakon sentuh katak betul atau katak olok-olok ? 
Tak sabar nak tengok .. hehe


Drama AYOUB di Slot Samarinda

Dah habis pon Drama Habil Qabil . Tak tengok langsung drama tuu sebab tak best . Aku hanya ingat yang aku hanya layan Drama Syurgamu Ramadhan jea , yang lain tak tengok pon . Seriously , drama lain tak menyentuh kalbu T_____T . Drama terbaru 25 episod arahan Hitler M Zaminie nie akan bermula esok pada 23/11 . Jadi selamat menonton yea ! =)



Sinopsis Drama Ayoub

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.

Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.
Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Pelakon-pelakon Drama Ayub

Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Elite, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali dan Mak Jah.

Sumber : mStar 

Episod 1 Drama Seribu Kali Chinta di Slot Akasia


Drama Chinta dah habis minggu lepas . Petang nie ada drama terbaru yang bertajuk Seribu Kali Cinta . Baca sinopsis nampak macam best . Kita tengok macammana drama nie petang karang .

Sinopsis Drama Seribu Kali Cinta

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

Pelakon Drama Seribu Kali Cinta
Kamal Adli, Intan Ladyana, Marsha, Abu Bakar Omar, Rozie Othman, Cat Farish, dan Nor Kairiah

Sumber : Azuan 

Episod Akhir Drama Chinta


Dah habis drama Chinta . Tak tengok mana drama nie tapi demi peminat-peminat drama Chinta ke tengok jugak hari nie untuk mengupdate episod terakhir . Harap semua berpuas hati laa yea ! =)

Sadatul Saadiah telah disahkan mengandung anak kembar . Mak ayah Rasul Iman suruh batalkan perkahwinan dengan Chinta . Rasul tak nak batalkan sebab perkahwinan tinggal seminggu dan tidak adil kepada Chinta . Mak Sadatul pergi rumah Chinta nak paksa Chinta suruh batalkan perkahwinan tapi Chinta kata memang dia nak batalkan pun . Pastu Chinta pengsan . Semua orang dah tau Chinta sakit tapi Sadatul tetap suruh suaminya kahwin dengan Chinta . Masa Rasul nak sarungkan cincin kat Chinta , Chinta nak pengsan . Lepas sarungkan cincin , Chinta pon meninggal dunia . Akhir sekali anak Chinta hasil dengan Kamal iaitu Chinta juga ziarah kubur mak dia . The End .


Drama Taubat Nasuha TV3 Tonton Online

Sumber : Team ArYzs

Sinopsis -  Calon Anugerah Skrin TV3 2010 - Cerekarama Taubat Nasuha

Versi Cerpen -  Kalau Tak Suka , Pulangkan ...

Tonton Online - OST Taubat Nasuha

p/s : Selamat Menonton yea ! Jangan lupa tengok yea Hariz =)

Drama Ulek Mayang Di Slot Lagenda TV3


Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan watak utama drama Ulik Mayang ini ialah Elly Mazlein dan Fezrol Khan. Drama nie akan bermula pada 25 Oktober 2010 , jadi episod akhir drama Siti Kelembai adalah pada hari ini iaitu 21 Oktober 2010 . Penggambaran drama ini bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010. Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong telah dipilih sebagai lokasi penggambaran drama ini.

Sinopsis Ulek Mayang 

Ulek Mayang, mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri Mayang Sari di persisiran pantai. Suatu hari, mereka bertemu dan jatuh hati. Namun kisah cinta mereka dikhianati, Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, slot Lagenda amat disukai ramai kerana paparan cerita yang sangat menarik dan ‘Ulek Mayang’ bakal memenuhi cita rasa penonton.

“Selain paparan kisah cinta terlarang antara dua dunia yang agak klise, para penonton juga akan teruja dengan tarian Ulek Mayang yang telah diubahsuaikan daripada sebuah upacara pemujaan kepada tarian kebudayaan supaya bersesuaian dengan ajaran Islam pada zaman sekarang. Kami berharap agar penonton TV3 akan terhibur dengan siri drama tersebut.”

Jangan ketinggalan untuk menonton “Ulek Mayang” mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 jam 8.30 malam.

Sumber : DJ 

Pelakon Ulek Mayang
Elly Mazlin (Puteri Mayang Sari) , Fezrol Khan, Sabrina Ali, Fizo Omar, Seniwati Mariani, Mak Mah dan ramai lagi

Lagu Tema Drama Ulek Mayang - Elly Mazlin
Semuanya lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Elly Mazlin iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”.

 p/s: Ulik Mayang berasal dari Terengganu . Nyanyian dan lirik 
Ulik Mayang seram tau !

Cerita Cinta Imbas Perkahwinan Artis


TV3 terus menyajikan program-program menarik untuk tatapan penonton setianya. Terbaru, dua buah program gaya hidup telah menemui penonton di slot Senda Pagi iaitu Si Kecilku…Chakk!! dan Cerita Cinta.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9 iaitu Puan Nurul Aini Abu Bakar, TV3 sering menerima maklum balas daripada para penonton yang mencadangkan agar menyiarkan program berbentuk gaya hidup.

“Kami mendapati isu perkahwinan selebriti antara topik yang paling digemari oleh penonton-penonton wanita yang tidak pernah bosan tentang persediaan majlis perkahwinan, kisah cinta pasangan selebriti dan juga fesyen busana pengantin.”


“Cerita Cinta bukan sahaja fokus kepada majlis perkahwinan yang gilang gemilang, ia juga mengisahkan perjalanan cinta dan kisah rumahtangga pasangan selebriti yang penuh dengan pancaroba hidup serta kontroversi.

“Manakala Si Kecilku...Chakk!! memberi pendekatan program secara santai dan merangkumi segala yang anda perlu tahu sebagai seorang ibu. Mereka perlu sentiasa melengkapkan diri dengan informasi terkini dalam penjagaan kesihatan diri, si manja dan kesejahteraan keluarga.”

Cerita Cinta memaparkan tentang kisah cinta pasangan selebriti popular tanah air dari saat mereka berkenalan hinggalah ke alam perkahwinan.

Selebriti popular yang merupakan figura masyarakat, tidak dapat menyembunyikan gerak geri mereka di mata umum terutamanya mengenai kisah cinta mereka yang sentiasa menjadi buruan media dan para peminat.

Walaupun tidak pernah lekang dari kontroversi dan gosip, namun mereka tidak mudah terpengaruh dan berjaya menjalin hubungan sehingga ke jinjang pelamin.

Antara pasangan selebriti yang mendapat perhatian umum dari saat mereka berkenalan, bercinta sehingga berkahwin termasuk Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K), Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Hunny Madu dan Khairul Azhar Wahid, Jasmine Abu Bakar dan Zan Azlee, Siti Hasfizza Aswaty dan Afief Farhan Fauzi, Belinda Chee dan Joe Eng Yeow, Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin serta Serina Redzuawan dan Salahuddin Ghafar.

Tidak ketinggalan juga pasangan Rashidi Ishak dan Vanida Imran yang baru menyambut ulang tahun mereka yang ke 10 serta Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, angkasawan negara yang baru saja melangsungkan perkahwinan beliau bersama Dr. Halina Yunos pada 10 Oktober 2010.

Daripada fasa perkahwinan, pasangan suami isteri akan melangkah ke fasa ibu bapa yang lebih mencabar dan menyeronokkan. Pada zaman moden ini, kebanyakkan ibu adalah wanita berkerjaya dan pastinya titik pengimbangan antara keluarga dan kerjaya menjadi faktor pertimbangan mereka dalam menjalankan rutin seharian.

Hadiah daripada ibu kepada ibu, Si Kecilku...Chakk!! pasti menjadi teman setia anda dalam mengharungi tugasan dan cabaran sebagai seorang ibu dalam penjagaan permata hati anda. Program ini bermatlamat untuk berkongsi segala maklumat yang anda perlu tahu sebagai seorang ibu.

Paparan menarik dalam 13 episod ini merangkumi isu-isu berkaitan wanita mengandung, trauma keguguran anak, masalah dyslexia kanak-kanak, perkembangan minda, hamil di usia 40 tahun, panduan penyusuan ibu-ibu berkerjaya, fesyen semasa mengandung dan selepas bersalin, masalah anak lambat bercakap dan juga menu-menu makanan berkhasiat yang mudah disediakan.

Si Kecilku...Chakk!! dihoskan oleh seorang selebriti yang anggun, jelita dan juga seorang ibu kepada bayi perempuan comel, Dynas Mokhtar.

Jangan ketinggalan untuk menonton Si Kecilku...Chakk!! pada hari Selasa, jam 11.00 pagi dan ikuti jurnal cinta pasangan selebriti kesayangan anda di Cerita Cinta, setiap hari Rabu jam 11.30 pagi hanya di TV3.

- Gua.com.my

 Nak tengok Cerita Cinta ? Layarilah Tonton.com.my

Drama Habil Qabil di Slot Samarinda TV3


Drama Syurgamu Ramadhan dah habis . Drama nie memang menyentuh kalbu . Rabu nie 22/9 akan bermulalah drama Habil Qabil yang terbaru . Lakonan Aaron Aziz dan Zed Zaidi .

Sinopsis Drama Habil Qabil
Habil Qabil mengisahkan takdir dua insan yang dilahirkan pada tarikh yang sama dan sering bersaing di alam persekolahan sehingga ke dunia korporat. Mereka akhirnya jatuh cinta pada wanita yang sama.

Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam.

Habil dan Qabil bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sama-sama kita tonton drama Habil Qabil setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam di TV3.

Sumber : OM

Pelakon Drama Habil dan Qabil
- Aaron Aziz, Zed Zaidi, Siti Saleha, Abby Abadi, Rashidi Ishak, Zila Bakarin, Azhan Rani, Abby Nazri dan Geofrey Perrin Williams.

Promo Drama Habil Qabil

Kempen Bebaskan Bumi Palestin


Sempena Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini, krew produksi Bersamamu dan duta kempen Bebaskan Bumi Palestin iaitu Faizal Tahir telah memilih untuk pergi ke Lebanon seterusnya mengupas kisah mangsa-mangsa perang di sana. Paparan ini boleh ditonton sepanjang Ramadan sebanyak 4 episod bermula 17/8/2010

Sumber : FB TV3