Khairul Fahmi Che Mat dan Keputusan Perlawanan Akhir Live Piala AFF Suzuki 2010


Seperti yang diketahui oleh semua orang , semalam Malaysia telah menjadi juara dalam Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010 . Tahniah Malaysia ! Syabas juga kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah membaham pasukan Garuda Indonesia dengan sebanyak aggregate 4-2 .
Final leg 1: Malaysia 3 Indonesia 0
Final leg 2: Malaysia 1 Indonesia 2


Selain dari pasukan Harimau Malaya yang popular semalam , pemain bola sepak dan penjaga gol pasukan Malaysia juga merebut takhta di hati gadis Malaysia dan Twitter sampaikan Khairul Fahmi tersenarai dalam trending topic di Twitter . Penyokong Indonesia juga turut memuji kehebatan Khairul Fahmi . Tahniah kepada anda ! =)

Anda tak kenal siapa Khairul Fahmi Che Mat ? Saya pon tak berapa kenal sehinggalah beliau popular semalam di Twitter T___T . Jangan sedih jika anda tak kenal , ada boleh membaca biodatanya disini tapi gadis-gadis tak boleh nak menguratnya kerana beliau sudah mempunyai kekasih hati iaitu Aimie Harmeliaaa . Gadis-gadis sekalian , anda boleh berangan mulai sekarang .. hehehe


Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 : Mohd Safee Mohd Sali (Malaysia) – 5 Gol
Pemain terbaik perlawanan - Firman Utina (Indonesia).

Saya juga terjumpa link gambar-gambar Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010 jika anda ingin melihatnya . Tak banyak tapi bolehlah tengok macammana suasana perlawanan semalam . Perdana menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat (31 Disember 2010) sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Negeri Terangganu , Kelantan dan Kedah macammana ? Cuti naik hari Ahad ke ... harap-harap yea , kalau bukan tak merasa cuti umum laa ..



9 pemimpi:

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)