Keadaan Sebenar di Mesir dan Nasib Rakyat Malaysia

Pagi tadi terbaca pasal keadaan di Mesir di Ariffshah.com . Rupa-rupanya keadaan disana sangat teruk dengan adanya banduan terlepas , kena berkurung dalam rumah dengan makanan semakin tak ada . Macammanalah keadaan rakyat Malaysia disana yea ? Harap-harap mereka baik-baik saja . Saya juga turut bimbang dengan sahabat-sahabat saya yang ada di Mesir . Ada yang di Tanta , di Cairo dan banyak lagi . Lindungilah mereka Ya Allah !


Punca Rusuhan di Egypt

Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.

Jumaat, 28 Jan 2011 - Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar

Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
                              - Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
                               - Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.



Klip ini menunjukkan sedikit sebanyak apa yang berlaku sebenarnya di Mesir. Akibat kekurangan perlaksaan undang-undang di sana, (polis sibuk mengawal keadaan) ramai banduan yang terlepas daripada penjara lalu menghuru-harakan lagi keadaan di sana.

Kenapa ini semua berlaku?
Ikutilah apa yang ahli forum ini tulis dari sini

Kejadian di Mesir juga bermula dgn insiden yang lebih kurang serupa.! 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dgn kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah.. berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.

Fakta menarik tentang Egypt juga - >> GDP nya meningkat saban tahun.. malah 2-3 tahun ni mendapat banyak anugerah ekonomi antarabangsa yg memuji kerajaan mereka dalam menguruskan ekonomi negara.. ! (sounds familiar eh?) Kerajaan mereka juga memainkan unsur2 feel-good factor ni.. dalam akhbar2 mainstream mereka..!

Hakikatnya - rakyat marhaen makin tertekan.. kemampuan utk membeli barangan keperluan dan makanan makin mengecil.! bukan saja kadar pengangguran makin naik.. malah harga rumah di sana di paras mmg takkan termampu oleh orang2 miskin dan golongan pertengahan..

Sila klik URL kat atas untuk membaca versi pernuh. Antara yang aku faham... peristiwa ini tercetus hasil rentetan peristiwa di Tunisia.

Kenapa kita perlu mengambil berat tentang perkara ini.

1. Pelajar Malaysia kini dalam bahaya di sana dan kononnya kerajaan Malaysia lewat bertindak.

2. Mesir adalah negara kedua terbesar yang menerima bantuan ketenteraan daripada USA selepas negara IsraelEgypt is considered one of the United States' strongest allies in the Middle East and Arab World. (source)

3. Disebabkan Mesir mengawal laluan minyak melalui terusan Suez, harga minyak akan naik di seluruh dunia dan seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia

- JARD dan Huffingtonpost


Keadaan Sebenar di Mesir

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung. Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

- JomPHP


Perkembangan Terkini 

Melalui facebook dan blog

Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita


No yang boleh dihubungi untuk mengetahui keadaan pelajar di Mesir
Foreign Ministry had set up an operation room (Tel: 03-88892746, 03-88874570) for family members to make enquiries.

They could also call up minister counsellor Saharudin Hassan, second secretary Samsul Kahar Kamarudin or third secretary Iskandar Harman at the Malaysian Embassy in Cairo (00-202-37610013, Ext 116 or 00-202-37610164, it added.

Family members can contact the Mara Education Sponsorship Division (Kuala Lumpur) at 019-2720649 or 019-3883121 for information. - Bernama


Apa yang anda boleh buat ??

Kalau ada Twitter, retweet this.
Reblog this. Copy paste dan post dalam blog.
Share this on Facebook.

4 pemimpi:

  1. hari ni macam busy.tak tahu pun pasal ni semua..tapi,since dah tahu..kena buat something gak ar kan..thnx 4 d info

    ReplyDelete
  2. boleh saya share content awak ni di blog saya embelog.blogspot.com? sangat berfungsi n saya amat sibuk nak update blog saya..

    ReplyDelete
  3. @em

    boleh tapi tolong link balik yea =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)