Resepi Kek Marble



Kek Marble Comel Lote CikZqah 

Resepi nie CikZqah ambil dalam internet . Tak ingat dari siapa tapi dah guna beratus telur untuk buat order customers DapoYamiqaz . Resepi nie CikZqah banyak derhaka untuk kesenangan masa proses pembuatan . Jadi jangan pelik kalau dalam resepi tak ada bahan-bahan tertentu .


5 bahan jea diperlukan untuk membuat kek marble yang gebu dan moist nie . Kalau malas nak buat , korang boleh order jea dengan CikZqah tapi untuk korang yang tinggal area Kemaman jealah .

Resepi Kek Marble


300gram majerin Planta 
240gram gula kastor
5biji telur B
280gram tepung naik sendiri
Sedikit esen vanilla

Cara-cara buat Kek Marble









  1. Ayak tepung naik sendiri dahulu .
  2. Majerin dan gula pukul hingga kembang dan putih .. lebih kurang 5 minit
  3. Basuh dan pecahkan telur 5biji tu dan masukkan satu persatu telur sambil mixer berpusing
  4. Pukul hingga adunan kek dan telur sebati
  5. Selepas tu masukkan tepung dan sebatikan adunan kek tadi
  6. Akhir sekali letak sedikit esen vanila supaya kek korang bau harum bila bakar nanti
  7. Bila jiran sebelah rumah terhidu bau kek yang harum tu , mana tau dorang nak tempah
  8. Boleh bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian .. kalau korang rajin buat lah 7 bahagian
  9. Boleh lah buat warna pelangi
  10. Selepas tu selang selikan adunan yang korang buat tadi sampai habis
  11. Bakar pada suhu 180°c selama 1jam . Nie oven CikZqah , kalau oven korang kena pandai-pandai sendiri tau
  12. Dah siap boleh lah ambil gambar pastu hantar kat rumah jiran sedikit


Sila SHARE jika anda suka 




0 pemimpi:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)