Part 1 : 4 Tahun Lebih

Apa cerita nie CikZqah menghilangkan diri lama sangat ?

Laa ... ada yang nak tahu ke ? Ingat tak ada yang sudi tahu CikZqah menghilang ke mana .

Sebenarnya begini ceritanya , lepas beberapa bulan berhenti kerja kat kedai barang kek . CikZqah boleh pulak kerja kat hotel sebagai receptionist . Best kerja kat hotel sebab gaji agak lumayan . Masa nie masih aktif berblog cuma jarang-jarang . Seminggu ada laa 3 kali update .

Kekangan masa sikit masa kerja kat hotel .

Lepas tu CikZqah berhenti sebab ada tekanan sikit kat kerja . Walaupun gaji lumayan , hati tak tenang nak bekerja macammana kan ? Berhenti bekerja CikZqah duduk kat rumah tolong Umi CikZqah . Alhamdulilah rezeki mencurah-curah masuk .

Masa nie tengah viral durian crepe . Hampir setiap hari ada order masuk , selain durian crepe CikZqah buat juga crepe perisa lain macam oreo , tiramisu dan milo . SalamSoldOut setiap hari dan maybe ini berkat juga doa seorang Umi nak tengok anaknya berjaya dan Allah juga tolong CikZqah .

Sebenarnya masa nak berhenti kerja kat hotel tu memang tawakkal 100 % habis kat Allah . CikZqah tak ada hutang sebab tak sambung belajar kat Uni . Kerja pon sebenarnya nak duit poket dan tolong settlekan hutang keluarga . Setiap bulan memang CikZqah peruntukkan sebahagian gaji untuk bayar hutang keluarga .

Bila tak kerja nak amik duit kat mana kan ?

Stress kat tempat kerja dah dekat sebulan dan tambah lagi stress masa nak buat keputusan . Last-last CikZqah tawakal jea masa nak berhenti kerja . Apa nak jadi - jadilah ! Balance duit pulak dalam bank hanya ada RM900 lebih . Korang rasalah macammana CikZqah survive ?

Duit balance RM900 lebih itulah CikZqah rolling modal buat durian crepe tau . Dengan duit itu juga CikZqah mampu tolong bayar hutang keluarga 2/3 bulan sebelum sewa kedai . Nak tahu kisah CikZqah masa berkedai ? Tunggu Part 2 yea ! Malam nie selesai Part 1 Kisah 4 Tahun Lebih .

Selamat malam uollss !




0 pemimpi:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)