Part 2 : 4 Tahun Lebih

Lama beno nak update part 2 kan ? Mood tak mai nak menaip macammana .

Nak tahu tak masa berhenti kerja dari hotel tu , CikZqah buat income dari rumah jea dengan buat makanan . Ada yang pickup kat rumah dan COD pon ada . CikZqah promote ikut blog dan Facebook masa tu .

Alhamdulillah setiap hari ada jea order masuk . CikZqah buat income dari rumah ada juga dekat 2/3bulan . Income bulan-bulan mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga . Sampailah 1 hari CikZqah tengok ada kawan nak jual kedai . CikZqah dan keluarga buat keputusan nak buka kedai .

Bermulalah episod baru dalam kehidupan CikZqah .

Mempunyai kedai dan membuka kedai memang seronok sebab dapat bertemu customer dan sekaligus boleh buat offline marketing . Tapi jika hati tak kuat untuk menguruskan kedai jika menghadapi dugaan dan cabaran sedikit payah kalau ikut pengalaman CikZqah yang bilis ini .

Kedai pula kita perlu untuk memaintainkan sales , kalau tak confirm bajet overhead lari . Jujur CikZqah katakan disini yang CikZqah tabik spring kat orang bisnes yang mampu berkedai sampai sekarang . CikZqah mampu bertahan 3 tahun jea berkedai . Sekarang CikZqah buat online bisnes jea kat Facebook dan InsyaAllah akan sharing juga sedikit demi sedikit kat blog .

💟CikZqah
DapoYamiqaz
Kemaman 

0 pemimpi:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)