Showing posts with label pelakon sinetron alisa. Show all posts
Showing posts with label pelakon sinetron alisa. Show all posts

Kosong Hidupku Tanpamu Alisa

Tajuk macam orang tengah putus cinta . Tapi sebenarnya tajuk itu adalah keyword yang masuk ke dalam blog aku kelmarin . Aku combinekan saja untuk tampak lebih menarik . Keyword kosong hidupku tanpamu nie daripada lirik lagu tema Shah Jihan - Pergilah Ayu (The Fabulous Cats) , keyword drama alisa episode 2 tv3 dan lagu tema alisa daripada entri Sinetron Alisa yang aku ping petang kelmarin . 1 jam kemudian aku check keyword kat Nuffnang , dah ada keyword tentang Sinetron Alisa yang masuk . Cepat jea keyword masuk yea ? Suka bila melihat ia menonjolkan diri seperti dibawah .


Aku suka perhati keyword nie . Bulan lepas dah ramai yang search Cik Bunbun kat sini . Di sini tiada Cik Bunbun , yang ada cuma Cik Bunga . Hehehe . Kalau nak berkenalan dengan Cik Bunbun boleh jea , sila klik sini . Dia masih single ! Entri yang menyumbang keyword Cik Bunbun ke dalam blog tapi tiada komen ialah tag dari Cik Bunbun juqak .


Hari nie pulak bila check keyword , berlambak keyword pasal Sinetron Alisa yang masuk . Alhamdulillah , trafik naik sikit walaupun belum update !


Trafik kebanyakkannya datang dari Pak Cik Google . Terima kasih pak cik ! Hahaha .. Keyword list pelakon Sinetron Alisa dapat ranking pertama dalam page Google . Susah tau nak dapat ranking pertama , kadang-kadang jea bernasib baik .


Sinetron Alisa di TV3

Sinetron Alisa telah menggantikan sinetron Tasbih Cinta yang telah tamat pada minggu lepas . Sinetron Alisa telah mula ditayangkan kelmarin iaitu 8 Jun pada jam 2.00 petang. Sinetron ini mempunyai 124 episod dan mungkin akan berakhir pada awal tahun hadapan . Hehehe


Sinopsis Sinetron Alisa

Alisa (Alyssa Soebandono) , seorang gadis yang bijak, bertanggungjawab dan gigih berusaha untuk menyara kehidupan dan membiayai kos perubatan bapanya yang sakit. Walaupun masih muda, pelbagai jenis kerja dan tugasan telah dilakukan oleh Alisa demi untuk memastikan keselesaan keluarganya.


Nasib Alisa berubah apabila bertemu dengan Evan (Christian Soebandono) buat pertama kalinya di dalam satu situasi yang tidak menyenangkan. Ketika itu, Alisa sedang bertugas sebagai Pembantu Jualan Minuman dan secara tidak sengaja telah terlanggar Evan hingga terjatuh. Kebetulan pula Evan sedang mengejar seorang pencuri yang telah mengambil barangnya. Evan bertambah marah kerana bajunya basah dan dia pula perlu berjumpa dengan klien pada waktu yang sama.

Siapa sangka permainan takdir mempertemukan mereka kembali apabila Alisa menyambung pelajarannya dan Evan merupakan pensyarah di sana. Mereka sering tidak bersependapat. Alisa tidak selesa dengan sikap Evan yang angkuh dan kaki perempuan. Antara yang begitu menggilai Evan ialah anak perempuan jutawan kaya dan popular, Natasha (Nia Ramadhani) yang juga merupakan majikan Alisa.

Manakala Evan pula merasakan Alisa seperti tidak menghormati dirinya dan tidak suka akan sikap gadis tabah ini yang seolah-olah lebih arif tentang hal dunia dan sebagainya. Namun hakikatnya, mereka berdua tidak dapat menafikan perasaan antara satu sama lain. Mereka mula keluar bersama dan saling mengenali hati-budi masing-masing hingga bermula bibit-bibit cinta di antara mereka.

Kedua pasangan akhirnya bersetuju untuk memeterai perhubungan dengan ikatan perkahwinan. Namun, saat bahagia yang dikecapi tidak berpanjangan apabila kebenaran lama yang dirahsiakan kini terbongkar! Rupa-rupanya Alisa dan Evan mempunyai ikatan persaudaraan kerana Alisa adalah anak kandung hasil hubungan sulit di antara ibunya dan Henri, ayah Evan! Dengan hati yang berkecamuk, majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan dan masing-masing perlu menghadapi kenyataan yang pahit ini.

Mampukah Alisa dan Evan menerima hakikat yang pedih ini? Apakah perasaan cinta mereka akan berkubur begitu sahaja? Mungkinkah mereka akan kembali kepada bekas pasangan masing-masing yang sedia menunggu hingga diberi peluang kedua? Untuk mendapatkan jawapannya jangan lupa saksikan kisah kemelut hidup dan perasaan Alisa yang penuh emosi dan drama di TV3.

Kredit : Budiey

Baca sinopsis dah cukup . Tak larat nak tengok sampai habis .Tengok sampai episod 20 tak ape lagi , bila dah sampai episod dekat 100 , nak jeluwok muntah rasenye =p



Lagu Tema Ost Sinetron Alisa

Cinta Sampai Disini - D'Masiv

mencoba tuk pahami
mencari celah hatimu
bila harus menangis aku kan menangis
namun air mata ini telah habis

Chorus :
segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai di sini
mencoba tuk rasuki
menyentuh palung jiwamu
bila harus mengiba, aku kan mengiba
namun rasa ini telah sampai di ujung lelahku

Chorus :
segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai di sini

Sumber: http://bocahiseng.blogspot.com/