Janji Kekasih di Slot Zehra TV3

Drama Aliff Firdaus yang kurang best dah lama habis . Drama terbaru di slot Zehra ialah Janji Kekasih terbitan Pena Creative Sdn Bhd . Bila search jea kat Google , keluar Elly Mazlin la pulak sebab tajuk drama nie sama dengan tajuk lagu dia . Bila dengar best gak lagu tu .


Slot Zehra yang menghiasi slot perdana malam Jumaat mempersembahkan drama bersiri terbaru ‘Janji Kekasih’ menggantikan ‘Aliff Firdaus’. Ia membariskan pelakon popular dan berbakat seperti Jue Aziz (Karina), Ayu Raudhah (Aliyah), Fezrul Khan (Shah), Dato’ Jalaluddin Hassan (Haji Safuan), Erma Fatima (Hajjah Hashimah), Mustafa Kamal, Ery Putra, Almy Nadia, Iqram Dinzly dan Puteri Sarah.

Sinopsis Janji Kekasih

Drama 13-episod, arahan Feroz Kader ini, berkisar tentang Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur. Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah pemilik butik yang berjaya, dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubung kait dengan bapa kandungnya, Hashim.

Bosan dengan kerenah ibubapanya yang berlumba-lumba untuk memenangi hatinya, Karina mendaftar masuk ke IPT. Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikapnya yang malas belajar dan lebih suka menghabiskan masa berseronok dan menghabiskan wang ibubapanya bersama Zarul, teman lelakinya.

Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihati Karina untuk berubah sikap, menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam pelajaran. Tetapi Karina membentak dan mengatakan hanya dengan cara inilah dia bebas dari dikongkong sesiapa dan dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Malah, Karina tergamak mengupah Aliyah untuk membuat tugasan kuliahnya walaupun tahu dilema yang dihadapi Aliyah kerana kesempitan wang.

Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani. Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil.

Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Hj Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar negara. Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.

Mula menghayati Islam

Hati Karina berdebar-debar ketika pertama kali mendengar lagu nasyid yang didendangkan Syah sewaktu latihan untuk persembahan malam kesenian Islam, di mana Aliyah dan Sumayah adalah ahli jawatankuasanya. Mesej ketuhanan yang disampaikan Shah, benar-benar mententeramkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk mencari jawapan kepada pergolakkan jiwa yang tidak lagi dapat dibendung. Kata Aliyah, mimpi-mimpi ngeri dan rasa takut Karina adalah amaran kepadanya untuk bertaubat.

Perkenalannya dengan Syah semakin mendekatkan jiwanya untuk menghayati Islam. Walaupun tidak menukar penampilannnya yang ’rugged’, Karina sudah berupaya untuk mengawal pergerakan sosial seperti menghentikan kunjungan ke disko atau kelab malam dan menghindari rokok, arak dan lumba motorsikal haram. Malah, duit yang diterima juga selalu didermakan untuk kebajikan dan mereka yang memerlukan.


Namun, tidak semua menyenangi perubahan positif diri Karina. Aliyah yang selama ini ada hati dengan Syah terpaksa mengundurkan diri dan redha apabila Syah memilih Karina. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda.

Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah?

Nantikan jawapannya menerusi drama ’Janji Kekasih’, di slot Zehra TV3, mulai 11 Jun, setiap Jumaat, jam 9 malam.

Sumber : Gua.com

Lagu tema OST Janji Kekasih 


Download kat sini 

Afgan - Padamu Ku Bersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud



2 pemimpi:

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)