Drama Angin Rindu Sarajevo


Episod: 25 episod
Hari Tayangan : Isnin hingga Jumaat,
Masa Tayangan : 10.30 malam / Ulangan pada 5.30 pagi
Slot: Mahligai
Pelakonan : Sharifah Sofea Syed Husein, Beego, Dato Hj Aziz Singah, Linda Hashim, Amanda Misbun, Nasir Bilal Khan, Fazreen Rafi dan Rosnah Johari.

Angin Rindu Sarajevo bermula dengan memperkenalkan watak Natasya adalah seorang gadis Bosnia Herzegovina dari pedalaman bandar Visoko, di daerah pergunungan terpencil dari kesibukan kota Sarajevo, Bosnia Herzegovina.

Walaupun tinggal jauh di pedalaman, dipinggir bandar Visoko, sebuah kawasan berbukit yang sangat indah di mana terdapatnya Piramid Bosnia dia hidup dalam suasana keluarga yang terbuka berbanding dengan masyarakat lain yang agak tertutup pemikirannya.

Bapanya Adnan mahu anak-anaknya berjaya dan mahu menghantar tiga orang anaknya belajar di sekolah Inggeris di Sarajevo. Namun peperangan telah memusnahkan segala impiannya. Bahkan bukan saja keluarganya hancur tetapi juga beliau dan isteri Vilma telah terkorban. Anak-anaknya Natasya, Sefika dan Armin telah terpisah.

Natasya agak beruntung kerana dipelihara emak saudaranya Nada dan Vilmot. Natasya dibesarkan dalam keluarga Kristian bersama Nikola, sepupunya iaitu anak kepada Nada dan Vilmot. Demi menjaga amanah adiknya Vilma, Natasya terus membesar sebagai seorang muslim, terdidik dengan didikan agama walaupun berada di dalam komuniti Kristian.

Ketika Natasya melangkah ke Kolej, dia ditawarkan biasiswa Yayasan Amal International dari Malaysia untuk belajar di UIA. Tawaran tersebut diterima dengan besar hati walaupun bapa saudaranya Vilmot agak keberatan melepas Natasya pergi melanjutkan ke Malaysia. Tamparan yang lebih hebat datang dari Nikola yang sejak kecil menyimpan perasaan terhadap Natasya.

Natasya dibesarkan dalam suasasana perang dan timbul hasrat mendalam untuk membela masyarakatnya. Sejak kecil, beliau suka kepada kegiatan kemasyarakatan dan mahu membangunkan anak bangsanya terutama penduduk tempatan supaya berjaya dan membangun seiring dengan perkembangan dunia luar. Namun keadaan di Bosnia Herzegovina tidak semudah itu. Bukan mudah untuk seorang wanita terutama anak gadis mendapat pendidikan di luar negara untuk berperanan di negara sendiri.

Semasa belajar di peringkat kolej Sarajevo, Natasya banyak menyertai kegiatan kemasyarakatan melalui Yayasan LAJEPA, sebuah yayasan yang diasaskan oleh prof. Azra. Ketika itulah dia berkenalan dengan Datuk Hamzah, seorang tokoh NGO Yayasan Amal International dari Malaysia yang sering berulang alik ke Sarajevo bagi mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan kedua-dua belah pihak.

Sumber : Budiey 

2 pemimpi:

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)