Drama Ahmad Durrah di Slot Zehra

Drama Janji Kekasih dah habis minggu lepas . Endingnya bolehlah tahan . Sempena Aidilfitri nie , TV3 tayangkan drama terbaru bertajuk Ahmad Durrah .

Sinopsis Ahmad Durrah

Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, seorang ahli korporat yang jatuh muflis, melarikan diri dari kota menuju ke kampung untuk mencari ketenangan diri.
Bukan itu saja, penghijrahannya untuk mendalami ilmu agama turut menjadi perhatian penduduk di kampung itu. Di samping itu, terbit pula perasaan cinta Ahmad Durrah dengan tiga wanita yang meminatinya.

Di sebalik cinta, turut diselitkan kekentalan seorang ibu tunggal, Islah (Eja) yang tinggal dengan Mak Suri (Normah Damanhuri). Lebih menyedihkan, orang kampung menganggap Mak Suri perempuan gila. Namun ada satu pertalian misteri antara Ahmad Durrah dan Mak Suri.

Penonton akan mengetahui sendiri kesudahan cerita itu serta perebutan cinta antara Islah, Fatanah Nabla Huda)  dan Anisa (Nik Zaris Nelydia Senrose, seorang pelakon baru) dengan Ahmad Durrah.
Eja dengan watak tragik wanita yang lari daripada suami durjana kerana cuba melacurkannya. Dia terpaksa menjadi nelayan tanpa sebarang pengalaman demi kelangsungan hidup. Malah stigma masyarakat terhadap janda itulah yang membuatkan watak Islah sentiasa dibanjiri air mata. Ikuti kisah ini dalam Ahmad Durrah nanti .

Pelakon Ahmad Durrah 

Eja, Rusdi Ramli, Jalil Hamid, Nabila Huda, Qazem Nor

1 pemimpi:

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)