Drama Janji Kekasih dah habis minggu lepas . Endingnya bolehlah tahan . Sempena Aidilfitri nie , TV3 tayangkan drama terbaru bertajuk Ahmad Durrah . 
Sinopsis Ahmad Durrah 
Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, seorang ahli korporat yang jatuh   muflis, melarikan diri dari kota menuju ke kampung untuk mencari   ketenangan diri.
Bukan itu saja, penghijrahannya untuk  mendalami ilmu agama turut  menjadi perhatian penduduk di kampung itu.   Di samping itu, terbit pula  perasaan cinta Ahmad Durrah dengan tiga  wanita yang meminatinya.
Di sebalik cinta, turut diselitkan  kekentalan seorang ibu tunggal,  Islah (Eja) yang tinggal dengan Mak Suri  (Normah Damanhuri). Lebih  menyedihkan, orang kampung menganggap Mak  Suri perempuan gila. Namun  ada satu pertalian misteri antara Ahmad  Durrah dan Mak Suri.
Penonton akan mengetahui sendiri  kesudahan cerita itu serta perebutan  cinta antara Islah, Fatanah Nabla Huda)  dan  Anisa (Nik Zaris Nelydia  Senrose, seorang pelakon baru) dengan Ahmad Durrah. 
Eja dengan watak tragik wanita yang lari daripada suami durjana kerana  cuba  melacurkannya. Dia terpaksa menjadi nelayan tanpa sebarang  pengalaman  demi kelangsungan hidup. Malah stigma masyarakat terhadap   janda itulah  yang membuatkan watak Islah sentiasa dibanjiri air mata.  Ikuti kisah ini dalam Ahmad Durrah nanti .
Pelakon Ahmad Durrah 
Eja, Rusdi Ramli, Jalil Hamid, Nabila Huda, Qazem Nor
Drama Ahmad Durrah di Slot Zehra
Subscribe to:
Post Comments
                            (
                            Atom
                            )
                          

eja tu memang 'muka heroin kena seksa' je...
ReplyDelete