Drama Syurgamu Ramadhan dah habis . Drama nie memang menyentuh kalbu . Rabu nie 22/9 akan bermulalah drama Habil Qabil yang terbaru . Lakonan Aaron Aziz dan Zed Zaidi .
Sinopsis Drama Habil Qabil
Habil Qabil mengisahkan takdir dua insan yang dilahirkan pada tarikh yang sama dan sering bersaing di alam persekolahan sehingga ke dunia korporat. Mereka akhirnya jatuh cinta pada wanita yang sama.
Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.
Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.
Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.
Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam.
Habil dan Qabil bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sama-sama kita tonton drama Habil Qabil setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam di TV3.
Sumber : OM
Pelakon Drama Habil dan Qabil
- Aaron Aziz, Zed Zaidi, Siti Saleha, Abby Abadi, Rashidi Ishak, Zila Bakarin, Azhan Rani, Abby Nazri dan Geofrey Perrin Williams.
Promo Drama Habil Qabil
0 pemimpi:
Post a Comment
Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)