Friday, November 26, 2010

Drama Putera Katak di Slot Lagenda

Share it Please
Drama Ulek Mayang dah habis . Lupa pulak nak tengok episod akhir Drama Ulek Mayang . Kena tunggu update kat Tonton Online lah kalau nak tengok . Drama terbaru yang akan menggantikan Drama Ulek Mayang ialah Drama Putera Katak . Drama nie diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince . Drama terbaru nie akan bermula pada minggu depan hari Isnin 29 November . Siarannya tetap sama iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.
 
Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures dan diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Drama nie mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Putera Katak

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.

Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

Sumber : mStar

 p/s : Rasa-rasanya pelakon sentuh katak betul atau katak olok-olok ? 
Tak sabar nak tengok .. hehe


16 comments:

  1. hari tu tengok twitter nora danish dia bgtau dia kiss katak betul. tapi tak tau la betul ke tak. hehehe

    ReplyDelete
  2. @wawan

    are u sure wawan ? jika betul , zqah mmg kagum dgn nora danish .. hehe

    ReplyDelete
  3. @ardinihumaira

    lawa kan ? nampak macam patung pon ada ... hehe

    ReplyDelete
  4. Putera katak la plak... Hahahaha :P
    Sekarang nie sibuk.. Sampai ulek mayang habis pun x perasan

    ReplyDelete
  5. wuit.. kt mana nie ?? huhu.. termasuk lam mimpi bunga lak .. :P cm ne leh tersesat lak ni .. hehe.. btw, im following u, follow me back ya ! ;)

    ReplyDelete
  6. cite ne mcm best..tp xminat zizan nin.

    ReplyDelete
  7. @darkbatman

    minat lain-lain tapi tengok jugak klau cite best .. huhu

    ReplyDelete
  8. @Zqah Ismail

    Xpe sekarangkan boleh tengok online di tonton :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)