Sinetron Alisa di TV3

Sinetron Alisa telah menggantikan sinetron Tasbih Cinta yang telah tamat pada minggu lepas . Sinetron Alisa telah mula ditayangkan kelmarin iaitu 8 Jun pada jam 2.00 petang. Sinetron ini mempunyai 124 episod dan mungkin akan berakhir pada awal tahun hadapan . Hehehe


Sinopsis Sinetron Alisa

Alisa (Alyssa Soebandono) , seorang gadis yang bijak, bertanggungjawab dan gigih berusaha untuk menyara kehidupan dan membiayai kos perubatan bapanya yang sakit. Walaupun masih muda, pelbagai jenis kerja dan tugasan telah dilakukan oleh Alisa demi untuk memastikan keselesaan keluarganya.


Nasib Alisa berubah apabila bertemu dengan Evan (Christian Soebandono) buat pertama kalinya di dalam satu situasi yang tidak menyenangkan. Ketika itu, Alisa sedang bertugas sebagai Pembantu Jualan Minuman dan secara tidak sengaja telah terlanggar Evan hingga terjatuh. Kebetulan pula Evan sedang mengejar seorang pencuri yang telah mengambil barangnya. Evan bertambah marah kerana bajunya basah dan dia pula perlu berjumpa dengan klien pada waktu yang sama.

Siapa sangka permainan takdir mempertemukan mereka kembali apabila Alisa menyambung pelajarannya dan Evan merupakan pensyarah di sana. Mereka sering tidak bersependapat. Alisa tidak selesa dengan sikap Evan yang angkuh dan kaki perempuan. Antara yang begitu menggilai Evan ialah anak perempuan jutawan kaya dan popular, Natasha (Nia Ramadhani) yang juga merupakan majikan Alisa.

Manakala Evan pula merasakan Alisa seperti tidak menghormati dirinya dan tidak suka akan sikap gadis tabah ini yang seolah-olah lebih arif tentang hal dunia dan sebagainya. Namun hakikatnya, mereka berdua tidak dapat menafikan perasaan antara satu sama lain. Mereka mula keluar bersama dan saling mengenali hati-budi masing-masing hingga bermula bibit-bibit cinta di antara mereka.

Kedua pasangan akhirnya bersetuju untuk memeterai perhubungan dengan ikatan perkahwinan. Namun, saat bahagia yang dikecapi tidak berpanjangan apabila kebenaran lama yang dirahsiakan kini terbongkar! Rupa-rupanya Alisa dan Evan mempunyai ikatan persaudaraan kerana Alisa adalah anak kandung hasil hubungan sulit di antara ibunya dan Henri, ayah Evan! Dengan hati yang berkecamuk, majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan dan masing-masing perlu menghadapi kenyataan yang pahit ini.

Mampukah Alisa dan Evan menerima hakikat yang pedih ini? Apakah perasaan cinta mereka akan berkubur begitu sahaja? Mungkinkah mereka akan kembali kepada bekas pasangan masing-masing yang sedia menunggu hingga diberi peluang kedua? Untuk mendapatkan jawapannya jangan lupa saksikan kisah kemelut hidup dan perasaan Alisa yang penuh emosi dan drama di TV3.

Kredit : Budiey

Baca sinopsis dah cukup . Tak larat nak tengok sampai habis .Tengok sampai episod 20 tak ape lagi , bila dah sampai episod dekat 100 , nak jeluwok muntah rasenye =p



Lagu Tema Ost Sinetron Alisa

Cinta Sampai Disini - D'Masiv

mencoba tuk pahami
mencari celah hatimu
bila harus menangis aku kan menangis
namun air mata ini telah habis

Chorus :
segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai di sini
mencoba tuk rasuki
menyentuh palung jiwamu
bila harus mengiba, aku kan mengiba
namun rasa ini telah sampai di ujung lelahku

Chorus :
segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai di sini

Sumber: http://bocahiseng.blogspot.com/


8 pemimpi:

  1. tau takpe. cte indon meleret2 kann

    ReplyDelete
  2. @zida

    yup .. lenguh otak tengok sinetron !

    ReplyDelete
  3. @zidatah pape cita ALISA tv3 mula2 ok tp lama2 melalut2 jadi macam cita bodoh..tak penat ke alisa belakun nangis ek.hehe.

    ReplyDelete
  4. nama pown cite indon hahahaha..belit pown mcm indon gak ler...heheh tp tetap tngk jugak kan

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    mcmana episod akhir alisa yer..

    ReplyDelete
  6. @Anonymous

    waalaikummussalam ..
    sorry , sy x sempat nak tgk episod akhir sinetron alisa ... jadi x taulah ending alisa cane =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)