Dah habis pon Drama Habil Qabil . Tak tengok langsung drama tuu sebab tak best . Aku hanya ingat yang aku hanya layan Drama Syurgamu Ramadhan jea , yang lain tak tengok pon . Seriously , drama lain tak menyentuh kalbu T_____T . Drama terbaru 25 episod arahan Hitler M Zaminie nie akan bermula esok pada 23/11 . Jadi selamat menonton yea ! =)
Sinopsis Drama Ayoub
Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam  keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa  Banun baru mengandung.
Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka  Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak  mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz  sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa  cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan  Ayoub.
Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis  bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia  selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.
Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di  kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat  mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub  menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering  menolong mereka yang memerlukan.
Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan  dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub  sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada  beberapa dana.
Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan  kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub.  Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas  ditimpa dengan beberapa masalah.
Pelakon-pelakon Drama Ayub 
Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Elite, Rosnah Johari,  Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali  dan Mak Jah.
Sumber : mStar 
Drama AYOUB di Slot Samarinda
Subscribe to:
Post Comments
                            (
                            Atom
                            )
                          


Zqah,
ReplyDeletesama arr ngan kak reen. Drama Syurgamu Ramadhan yg kak reen tgk setiap episod. Yg lain mmg maleh nak layan.
Ayoub ni bes ke tak rasanya eh..
oo..da abes ek habil qabil? baru tau..hee...skli je pnh tgk..
ReplyDelete@PUANSTOBERI
ReplyDeletehehe .. x tau .. kita tengok episod 1 dulu cane =)
@mier@merr
ReplyDeletex best .. kan kan ? =p
teringat kedai mamak nama ayub. hehe
ReplyDelete@Mr PenyuBiru
ReplyDeleteade jugak ke ? hehe