Showing posts with label Menang Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Menang Hadiah. Show all posts

Hadiah dari CNcity's Boutique dah sampai !


Brooch nie dah sampai tengah hari kelmarin . Terima kasih kepada Che Noorazma pemilik CNcity's Boutique yang sudi menaja hadiah dalam contest Daus ! =)



Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010

Sambungan dari kisah ...
- Hari Ini Adalah Harinya 
- Kegembiraan Jelas Terpancar


Sumber : http://alamiterengganuku.blogspot.com/


Dari 398 penyertaan, 62 peserta telah berjaya melepasi cabaran pertandingan untuk melayakkan blog mereka dinilai oleh panel hakim bagi meraih hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said diadakan di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu pada hari Selasa, 2 November 2010 Jam 4.30 petang.



Gimik Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog



Sumber : http://alamiterengganuku.blogspot.com/

 Peserta-peserta perempuan

Sumber : http://alamiterengganuku.blogspot.com/

Peserta-peserta lelaki 


 Aku bersama adik Fatin pemenang tempat keempat kategori
sekolah - http://terengganurevealed.blogspot.com/

Sumber : http://terengganumenarik.blogspot.com

 Juara kategori terbuka - http://berbaloiditerengganukita.blogspot.com/ 
  Juara kategori pelajar - IPT http://alamiterengganuku.blogspot.com

Johan semua kategori dapat hadiah duit , baucar penginapan dan sebuah kamera .
Dengki laa dorang dapat kamera . Tamak tol .. hak hak

Sumber : http://terengganuindah.blogspot.com/

Juara kategori sekolah yang bertudung ungu - http://terengganukita2010.blogspot.com/
Tempat kedua kategori sekolah - http://terengganuindah.blogspot.com/
Tempat ketiga kategori sekolah - http://the-beauty-of-terengganu.blogspot.com/

Semua keputusan boleh tengok kat sini - http://blogtrgtourism.blogspot.com/p/keputusan.html


 Aku dapat tempat ketiga dalam kategori peringkat sekolah . Hadiah ialah duit RM 2500.00 dan penginapan di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu selama 2 hari 1 malam untuk 2 orang . Alhamdulillah ! =)


Selepas penyampaian hadiah , ada jamuan ringan . Semuanya kelaparan kerana datang dari jauh . Majlis selesai pada pukul 7.30 malam . Aku dan ummi bertolak pulang selepas sembahyang Isyak . Sampai rumah pada pukul 10.30 malam . Terlepas nak tengok cerita korea dan vampire .. hik hik 

p/s : Sapa kata berblog tak boleh duit ? Meh sini nak babap cikit =p

Hari Ini Adalah Harinya

Berdebar rasanya menunggu keputusan pada petang nie ! Pukul 12.30 tengah hari nanti aku dan Ummi akan berangkat ke Kuala Terengganu . Doakan kami selamat sampai dan pulang yea . Insyaallah esok aku akan update pasal Majlis Penyampaian Hadiah PBPT =)


ATURCARA

4.30 petang     :           Ketibaan Jemputan

4.50 petang     :           Ketibaan VIP

5.00 petang     :           Ketibaan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu

                        :           Bacaan Doa
                   
:  Ucapan YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Mohd Said
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri,
Terengganu.

                        :           Ucapan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu
                      
5.50 petang     :           Ulasan Ketua Hakim Pertandingan Blog
Pelancongan Terengganu 2010

6.00 petang     :           Keputusan dan Penyampaian Hadiah
Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010
           
                        :           Sesi Bergambar
           
                        :           Jamuan Ringan


p/s : Dup dup dap ! (n____n)

Pemenang Bertuah Dauspozi.com ?

Rezeki hari Ahad tapi baru update hari ini . Masuk contest review Daus tengah bulan lepas , alhamdulillah menang walaupun review tak berapa gempak mana . Hehehe . Terima kasih untuk sponsor dan hadiah-hadiah yang aku dapat !


p/s : Daus , lain kali wat laa contest lagi  .. hik hik

Kegembiraan Jelas Terpancar

Trgtourism.blogspot.com

Sapa tak gembira kalau selepas penat lelah menyiapkan satu blog , akhirnya membawa ganjaran yang lumayan ! Ceritanya bermula apabila ummiku melihat banner pertandingan blog Terengganu di bandar . Berita itu disampaikan kepadaku kerana ummiku tahu ku sudah mempunyai blog . Mesti pandai juga buat blog untuk pertandingan blog Terengganukan ?


Mula-mulakan aku rasa malas sangat-sangat nak masuk sebabnya malas nak handle 2 blog . Masa tuu juga blog mimpi tengah ada B. E , jadi nak beri tumpuan ke blog mimpi jea . Tapi bila fikir-fikir balikkan , rugi pulak tak masuk sebab hadiah tersangatlah lumayan kerana ia berjumlah RM 70 000 . Akhirnya aku pon masuk untuk kategori sekolah . Senang sikit sebab aku pon lepasan STPM dan kalau masuk kategori terbuka memang ramai orang .


Bila dah siap daftar , buat layout yang sangat meletih , buat entri , upload gambar .. akhirnya terpilih juga ke peringkat akhir . Betapa gembiranya hati ini sehinggalah kelmarin ada email masuk yang mengatakan dijemput ke Majlis Penyampaian Hadiah . Lagilah muka nie tersenyum lebar (n______n) . Nak visit blog Keindahan Terengganu , ini linknya http://the-beauty-of-terengganu.blogspot.com/


p/s : Alhamdulilah ! Thanks to Allah =)


Pemenang Sagu Hati Nombor 12

Join kontest Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 Kak Ina KL hari itu . Alhamdulillah dapat hadiah sagu hati top up yang bernilai RM 10 . Tahniah kepada Kak Min dan peserta-peserta yang lain ! =)

 
p/s : Rezeki hari Isnin =)

Tak Menang Tapi Dapat Hadiah Jugak

Kak Jie ada membuat kontest pada bulan lepas . Tak ada sapa-sapa yang kalah dan tak ada sapa-sapa pon yang menang . Ini bermakna kak Jie telah berlaku adil dengan memberikan hadiah kepada semua peserta . Hehehe . Hadiah daripada kak Jie dah selamat sampai pada akhir bulan lepas melalui Pos Ekspress .


Inilah hadiah daripada kak Jie . Buku Rancang Wang dari Sekarang cetakan pertama oleh Pak Di . Terima kasih yea kak Jie . Harap-harap rezeki kak Jie semakin mencurah-curah selepas nie! =)


Dah belek dan baca buku nie sepintas lalu . Nampak okay dan seronok untuk dibaca untuk golongan remaja seperti aku . Bila dah baca penuh nanti , aku akan cuba buat review . Sebelum aku terlupa Pak Di ada membuat kontest ulas buku Rancang Wang dari Sekarang . Nak join klik sini ok . Tamat pada 15 Ogos nanti .

Rancang wang kita dari sekarang , sebelum akaun bank kering-kontang !


Rezeki Pagi Sabtu

Salam Sabtu semua ! =)

Hari tuu aku ada join lucky draw dari Rina .  Alhamdulillah dapat tempat nombor 10 . Tahniah pada para pemenang yang lain ! Ini merupakan kali pertamaku menang lucky draw . Bulan lepas aku menang kontest dari kak Mia . Isnin lepas dapat buffered earning dari Nuffnang . Rezeki datang mencurah-curah .. Terima kasih Ya Allah atas nikmat-Mu !






First Time Menang Hadiah Kontest

Hadiah dah lama sampai tapi tuan penerima belum sempat nak bikin entri  T____T . Patutnya bila first time menang kontest , cepat-cepat update tapi ini tak sibuk tangguh-tangguh sebab nak pergi ke majlis orang kahwin . Musim sekolah kan musim orang sibuk nak kahwin . Maka aku teramat laa buzy makan free sana sini sampai muka pon naik tembam . Hehehe .

Aku menang kontest  Kuiz Smile..Smile..Smile.. yang dianjurkan oleh Kak Mia . Kuiz nie bukan senang tau sebab kena cari jawapan dalam blog Kak Mia . Soalan pulak memanglah mencabar sebab semuanya berkaitan dengan kehidupan Kak Mia dan aku pulak baru first time kenal Kak Mia . Manfaat yang aku perolehi dari kontest nie ialah aku dapat kenal lah sedikit siapa Kak Mia sebenarnya (n_____n) 


Hadiah ialah baucer makanan RM10 . Boleh makan kat KFC , Pizza Hut atau Restoran RasaMas / Kedai Ayamas . Teringin nak makan kat Restoran RasaMas / Kedai Ayamas . Tak pernah lagi makan kat Restoran RasaMas . Best ke tak ? 
p/s: Entri ini muncul selepas baca entri pemenang-pemenang saguhati kat blog Kak Mia . Hahaha . 

Masih panas !!