First Time Menang Hadiah Kontest

Hadiah dah lama sampai tapi tuan penerima belum sempat nak bikin entri  T____T . Patutnya bila first time menang kontest , cepat-cepat update tapi ini tak sibuk tangguh-tangguh sebab nak pergi ke majlis orang kahwin . Musim sekolah kan musim orang sibuk nak kahwin . Maka aku teramat laa buzy makan free sana sini sampai muka pon naik tembam . Hehehe .

Aku menang kontest  Kuiz Smile..Smile..Smile.. yang dianjurkan oleh Kak Mia . Kuiz nie bukan senang tau sebab kena cari jawapan dalam blog Kak Mia . Soalan pulak memanglah mencabar sebab semuanya berkaitan dengan kehidupan Kak Mia dan aku pulak baru first time kenal Kak Mia . Manfaat yang aku perolehi dari kontest nie ialah aku dapat kenal lah sedikit siapa Kak Mia sebenarnya (n_____n) 


Hadiah ialah baucer makanan RM10 . Boleh makan kat KFC , Pizza Hut atau Restoran RasaMas / Kedai Ayamas . Teringin nak makan kat Restoran RasaMas / Kedai Ayamas . Tak pernah lagi makan kat Restoran RasaMas . Best ke tak ? 
p/s: Entri ini muncul selepas baca entri pemenang-pemenang saguhati kat blog Kak Mia . Hahaha . 

Masih panas !!


6 pemimpi:

Terima kasih kerana memberikan saya satu mesej mimpi (n____n)