Showing posts with label My First Time. Show all posts
Showing posts with label My First Time. Show all posts

My First Award Dari Dapur Tanpa Sempadan


Macam tak percaya jea bila blog Zqah dapat Award dari abang Mat Gebu . Zqah rasa tak pernah pon meninggalkan komen kat blog Abang Mat . Al-maklumlah silent reader .. hehehe . Abang Mat Gebu memang popular dalam dunia blog sebab Abang Mat suka memasak dengan cantik sekali . Maksudnya kalau tengok gambar tuu , dah terliur jadinya =) . Kalau sesiapa tak pernah berkunjung ke blog Abang Mat , sila klik Dapur Tanpa Sempadan .


Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?...
  • Pada pandangan Zqah , blog abang Mat memang disukai ramai . Zqah pun suka kalau hari-hari tengok masakan yang menyelerakan yang dihidang dengan pinggan mangkuk antik . Suka sangat ! Hari-hari memang wajib buka blog abang Mat =)
Kenangan manis dalam hidup anda...
  • Allah memberikan Zqah kesihatan yang terbaik setelah sakit bertahun-tahun , itu cukup membuatkan ia kenangan manis Zqah walaupun rezeki berblog juga merupakan kenangan manis Zqah .. hehehe
Kenangan pahit dalam hidup anda...
  • Tak ada lah pahit sangat , kelat-kelat pahit jea sebenarnya sebab ia menandakan Allah masih sayangkan kita ..
Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang ini?...
  • Semua manusia memang tak pernah puas hati dengan kehidupan termasuklah Zqah . Tapi dengan kehidupan sekarang , Zqah dah cukup barsyukur dan berbahagia dengan keluarga tersayang
Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai...
  • Nak bahagiakan Ummi yang tercinta
  • Ingin belajar tentang bakeri dengan lebih mendalam 
  • Rahsia .. shhh
Tag 5 orang untuk award ini !
p/s : Gembira sebab dapat first award (n____n) !



Rezeki Pagi Sabtu

Salam Sabtu semua ! =)

Hari tuu aku ada join lucky draw dari Rina .  Alhamdulillah dapat tempat nombor 10 . Tahniah pada para pemenang yang lain ! Ini merupakan kali pertamaku menang lucky draw . Bulan lepas aku menang kontest dari kak Mia . Isnin lepas dapat buffered earning dari Nuffnang . Rezeki datang mencurah-curah .. Terima kasih Ya Allah atas nikmat-Mu !






My First Buffered Earning !

Salam malam untuk semua ! (n___n)

Berbaloi juga aku boleh hukuman dari Madame Nuffnang yang jelita kerana selepas itu aku boleh habuan yang lumayan . Setelah 6 bulan lebih bersama Nuffnang , akhirnya bulan ini dapat juga buffered earning . Aku dapat buffered earning Astro Negaraku pada 12/7 untuk iklan leaderboard . Ini semua atas jasa Eyriqazz atas tipsnya bagaimana untuk mendapatkan buffered earning . Silalah baca dan praktik . Anda mungkin berpeluang mendapatkan buffered earning !


Ingin tahu lebih lanjut pasal Astro Negaraku ? Klik sini ..



First Time Menang Hadiah Kontest

Hadiah dah lama sampai tapi tuan penerima belum sempat nak bikin entri  T____T . Patutnya bila first time menang kontest , cepat-cepat update tapi ini tak sibuk tangguh-tangguh sebab nak pergi ke majlis orang kahwin . Musim sekolah kan musim orang sibuk nak kahwin . Maka aku teramat laa buzy makan free sana sini sampai muka pon naik tembam . Hehehe .

Aku menang kontest  Kuiz Smile..Smile..Smile.. yang dianjurkan oleh Kak Mia . Kuiz nie bukan senang tau sebab kena cari jawapan dalam blog Kak Mia . Soalan pulak memanglah mencabar sebab semuanya berkaitan dengan kehidupan Kak Mia dan aku pulak baru first time kenal Kak Mia . Manfaat yang aku perolehi dari kontest nie ialah aku dapat kenal lah sedikit siapa Kak Mia sebenarnya (n_____n) 


Hadiah ialah baucer makanan RM10 . Boleh makan kat KFC , Pizza Hut atau Restoran RasaMas / Kedai Ayamas . Teringin nak makan kat Restoran RasaMas / Kedai Ayamas . Tak pernah lagi makan kat Restoran RasaMas . Best ke tak ? 
p/s: Entri ini muncul selepas baca entri pemenang-pemenang saguhati kat blog Kak Mia . Hahaha . 

Masih panas !!